Memang ramai minat OG, ESL One Malaysia catat 362,000 tontonan kemuncak
Kejohanan Dota 2, ESL One Malaysia 2022 yang diadakan di Arena of Stars, Genting Highlands pada 23 Ogos hingga semalam mencatatkan angka tontonan yang menarik.
Menerusi data ditunjukkan oleh Esports Chart, sebanyak 362,000 tontonan kemuncak dicatatkan untuk kejohanan itu. Malah, tontonan purata adalah lebih 150,000 tontonan.
Tontonan tertinggi adalah pada Grand Final ketika wakil Eropah, OG Esports menentang skuad China, Team Aster yang mana pasukan dianggotai oleh Taiga, Bzm, Ammar, Chu dan Yuragi itu menewaskan Aster dengan kemenangan bersih 3-0.
View this post on Instagram
Kesemua perlawanan OG ke atas Fnatic, Thunder Awaken dan Team Secret mencatatkan tontonan tertinggi antara semua perlawanan milik pasukan lain.
Menerusi kejohanan itu, OG membawa pulang hadiah wang sebanyak AS$175,000 (RM785,000). Walaupun kejohanan ini tidak memberikan mata DPC, namun ia sangat meriah.
Arena of Stars mencatatkan lebih 15,000 pengunjung selama tiga hari yang rata-ratanya peminat Dota 2 hadir untuk menyaksikan perlawanan, membeli merchandise dan hadir sesi fan-signing.
Foto keseluruhan: Stephanie Lindgren | ESL