Pandangan komuniti Malaysia mengenai PMPL MY/SG/PH – Baik Atau Tidak?
PUBG Mobile di Filipina sudah mengumumkan bahawa mereka akan menjadi wilayah PMPL ketiga bersama MYSG (Malaysia dan Singapura) dan membuatkan PMPL MY/SG/PH terbentuk. Penukaran ini akan berlaku pada tahun hadapan 2022 untuk PMPL Musim Ke-5 dan musim seterusnya. Kenapa PUBG Mobile Esports memperkenalkan Filipina ke PMPL? Keputusan dibuat oleh Tencent dan PUBG Mobile Esports supaya menjadi lebih inklusif dan mempunyai kepelbagaian. Ramai peminat nampaknya ada yang tidak menyukai keputusan ini. Menurut mereka pertandingan ini hanya inklusif untuk Malaysia dan Singapura, namun tiada satu pun pasukan Singapura di dalam versi PMPL ini yang berjaya mendapat kedudukan yang baik. Ini membuatkan ramai peminat menyuruh Singapura untuk dijadikan wildcard region. Peminat dari Malaysia memohon PMPL Malaysia sahaja. Beberapa peminat juga mempersoalkan keputusan ini dan menyatakan pendapat mereka di laman Facebook. Ada pendapat yang konstruktif dan ada juga yang memberitahu keputusan ini tidak menghilangkan inklusif PMPL. Terdapat juga satu klip dari Master Ramen yang meluahkan pendapat mengenai perkara ini. “Kenapa Filipina dicampur dengan Malaysia? Kenapa bukan Thailand mahupun Vietnam? “Kebaikan gabungan ini sebenarnya adalah meningkatkan viewership,” Ada peminat yang bersetuju dengan keputusan ini dan ada ramai juga yang tidak bersetuju. Keputusan ini sudah pasti dibuat oleh Tencent dan PUBG Mobile dengan berhati-hati. Terdapat banyak kebaikan dan keburukan untuk membuat PMPL mempunyai tiga negara. Apa pendapat anda?