Pemain Diablo Immortal ini berbelanja AS$100 ribu tapi tak ada siapa nak lawan PVP
Disebabkan terlalu hebat kerana membelanjakan sehingga AS$100,000 (RM445,000) dalam Diablo Immortal, seorang pemain ingin meminta bayaran balik kerana kehilangan akses untuk perlawanan PvP.
Pencipta kandungan di Youtube, jtisallbusiness mengatakan dia sudah sebulan setengah berdepan situasi ini. Berdasarkan situasi, dia menghabiskan 48 hingga 72 jam mencari pemain di Battlegrounds PvP namun tiada pemain yang muncul. Ini kerana matchmaking rating miliknya yang terlalu tinggi.
Yang paling mengejutkan dia mempunyai kadar kemenangan antara 300 dan 450 kemenangan dan hanya tiga kekalahan. Isu ini bagaimanapun dibincangkan di forum namun tiada wakil Blizzard yang memberi maklumbalas.
Dia juga masih berbelah bagi sama ada tak berbuat apa-apa atau mencari peguam untuk membuat tuntutan bayaran balik.
Diablo Immortal pernah menerima kritikan kerana sistem transaksi mikro ‘cekik darah’ yang memerlukan pemain berbelanja sehingga AS$110,000 untuk menaik taraf karakter ke tahap tertinggi.
Permainan mudah alih ini memperoleh pendapatan lebih AS$100,000 juta dalam masa lapan minggu dilancarkan.
Sumber rujukan: Videogameschronicle