Saluran Youtube Ejen Ali digodam
Penggodaman yang berlaku kepada akaun Youtube bukanlah perkara asing lagi.
Tetapi ini pula yang terjadi kepada laman rasmi Youtube Ejen Ali.
Hi Ejen, Alhamdulillah, good news, the videos that had been *forcefully deleted* during the incident two weeks ago have now been retrieved. pic.twitter.com/0lpgLBfrW4
— Ejen Ali | Part 2 – December 2022 (@ejen_ali) August 12, 2022
Apa yang berlaku adalah banyak video yang dipadamkan secara paksa sejak dua minggu lepas.
Video yang tinggal hanyalah video pada lapan bulan lepas dan mengejutkan pihak MyGameOn apabila video pertandingan Ejen Ali pertama untuk Agents’ Arena yang dianjurkan oleh MGO turut dipadam sebelum ini.
Nampaknya, penggodam itu ingin mempromosikan Adobe Premiere Pro haram di Youtube Ejen Ali.
Laman Youtube itu sudah mendapatkan kembali kesemua video-video mereka yang hilang.