Team Caracal dah bersedia di MEC 2021/2022, ada gaming house sendiri di Melaka
Team Caracal adalah salah satu pasukan pilihan yang kini menuju ke peringkat akhir kategori Mobile Legends di Malaysia Esports Championship (MEC) 2021-2022 yang akan berlangsung pada 7 Januari ini.
Mereka kini berada di kedudukan lapan teratas iaitu suku akhir dan bakal berdepan skuad Cyduken. Difahamkan, skuad lawan mempunyai pemain hebat seperti Abey Gaming.
Ketika ditanya persiapan mereka menuju MEC, wakil Caracal berkata, mereka sudah berlatih sebanyak mungkin.
“Untuk gameplay dan keserasian pemain-pemain, kami sudah berlatih selama lapan hingga 12 jam sehari.
“Ini bagi memudahkan kami untuk mengadaptasi dengan patch terbaru MLBB,” katanya.
View this post on Instagram
Wakil itu juga berkata, mereka sudah ada gaming house di Melaka.
“Kesemua pemain tinggal bersama dan berlatih bersama-sama,” katanya.
Team Caracal terdiri daripada:
- Muhammad Aiman Mohamad Abas – Aim
- Ealtond Rayner – Lolealz
- Mohd Norhadim Yusup – LinkEzaa
- Izme Haqeem Hamsjid – Kaizer Kim
- Jamil Nurolla – Zaraki
- Ahmad Ali Huzaifi Abdullah Hazawi – Leixia
- Muhammad Azam Ahmad – Neo
- Ajwad Mohd Yusof – Kuja (jurulatih)
Mereka adalah gabungan bekas pemain Orange Esports, Team Bosskurr dan RSG MY.