TSM melengkapkan barisan pemain VALORANT untuk VCT 2022
Pasukan VALORANT Amerika Utara Team Solo Mid atau TSM sudah mengunci barisan pemain untuk VALORANT Champions Tour (VCT) tahun ini yang akan bermula pada 27 Januari.
5 pemain yang bakal bermain di bawah panji TSM pada tahun ini adalah:
- Matthew “WARDELL” Yu
- Yassine “Subroza” Taoufik
- Aleko “LeviathanAG” Gabuniya
- Corey “Corey” Nigra
- Daniel “Rossy” Abedrabbo
Rebuild complete.
— TSM FTX (@TSM) January 20, 2022
Time to don the black and white. pic.twitter.com/F4I2Sthito
Pasukan TSM berjaya merembat kedudukan tempat pertama pada VCT 2021: North America Stage 3 Challengers 2, tetapi mereka tewas pada pusingan pertama bracket bawah di VCT 2021 NA Stage 3 Challengers Playoffs. Ini menyebabkan kegagalan mereka untuk maju ke kejohanan antarabangsa VALORANT.
Kini, barisan pemain pasukan itu sudah berlatih bersama selama beberapa minggu dan setiap pemain ditandatangani sejurus selepas tempoh percubaan berakhir akhir tahun lalu.
TSM dijangka akan beraksi di pusingan kelayakan terbuka VCT 2022 yang akan berlangsung pada 27 Januari nanti.
Sumber rujukan: Dexerto