GAME

GAME

5 permainan video yang ramai orang tak pernah habiskan

Permainan video selalunya direka untuk anda mainkan sehingga tamat.

Namun, terdapat juga permainan yang membuat orang tidak mampu habiskan sehingga ke penghujung.

Jom tengok 5 Permainan Video yang ramai orang tak pernah habiskan.

1. Cuphead

Cuphead mempunyai grafik seakan-akan animasi tahun 50-60an.

Permainan video ala retro ini tersangat susah sehingga tidak semua orang mampu untuk menghabiskan Cuphead.

Permainan sentiasa memaksa anda untuk menggunakan semula kebolehan bermain dengan lebih baik.

2. Battletoads 1991

Permainan video tahun 1991 ini antara punca ramai orang merosakkan alat kawalan mereka.

Malah Battletoads sangat terkenal sebagai permainan video yang sangat susah.

Diwujudkan untuk berlawan dengan Teenage Mutant Ninja Turtles, katak-katak ini sentiasa akan membuat anda berasa dalam kesusahan.

3. Siri Dark Souls

Sudah pasti Dark Souls akan ada dalam senarai. Ia permainan video yang sentiasa terkenal dengan tiada belas kasihan.

Permainan video ini mengajar anda untuk sentiasa berusaha menjadi lebih baik.

Jika anda mati anda perlu ulang dan ulang sehingga anda tahu bagaimana untuk menang.

4. Super Meatboy

Permainan video pelantar ini sangat susah disebabkan memerlukan pergerakan yang sangat tepat dan jitu untuk tidak mati.

Malah, Meatboy adalah permainan video yang sangat susah dan satu kesilapan sedikit boleh menghukum anda.

Setiap Level di dalam Meatboy pasti akan membuat anda mati dengan perangkap yang sangat berbahaya.

5. Jump King

Permainan video ini tampak sangat mudah.

Apa yang perlu anda buat hanya lompat ke atas tanpa jatuh tetapi memerlukan ingatan otot yang sangat tepat.

Anda perlu menekan butang space untuk melompat ke kiri dan ke kanan.

Tetapi setiap lompatan memerlukan masa yang berbeza untuk lompat lebih tinggi atau lebih jauh.

Apa lagi permainan video yang anda rasa tidak mampu habiskan?

Read More

GAME

Logan Paul nafi penipuan RM14 juta adalah lakonan semata-mata

Logan Paul baru-baru ini dilaporkan rugi sebanyak AS$3.5 juta (RM14 juta) dalam sebuah penipuan yang melibatkan kad Pokemon edisi pertama yang disahkan. Sebagai konteks, kad edisi pertama ini tidak lagi dilancarkan dan kali terakhir ia berada di pasaran adalah lebih satu dekad yang lalu.

Selepas didapati beliau ditipu dengan sekotak kad GI Joe, beliau mencari balik penjual yang menjual koleksi kad GI Joe itu untuk menuntut kerugian. Mujurnya, duit beliau dipulangkan sepenuhnya kerana penjual itu yang dikenali sebagai Bolillo Lajan San, pun tidak mengetahui bahawa ia bukan kad Pokemon.

Beliau juga memuat naik video yang menerangkan kejadian penipuan itu yang boleh ditonton di bawah.

Malangnya, Logan Paul dituduh pula melakukan segalanya demi ‘membuat konten’. 

Menurut Paul, kejadian itu amat mengecewakan dan beliau bersedih pada hari itu.

“Mereka fikir saya berlakon. Mereka fikirkan apa yang terjadi adalah palsu,” katanya.

“Ia tidak palsu sama sekali. Berada di dalam bilik itu malam itu amat menyedihkan. Tenaga dan perasaan tragis di dalam bilik itu begitu ketara,” tambah beliau tentang perasaannya.

Logan Paul bersama si penjual kad.

Semenjak itu, Paul serta penjual itu berjanji ingin mencari penipu-penipu ini yang dikatakan menjalankan sindiket ini.

“Kami cuba mendapatkan semua maklumat yang kami boleh. Orang ramai mencadangkan untuk membuat dokumentari daripadanya,” kata Lajan San.

Sumber rujukan: Dexerto

Read More

GAME

Ejen Ali sedia ambil tindakan undang-undang terhadap karya berbaur lucah

Ejen Ali siri animasi dari WAU Animation kini mengeluarkan kenyataan akhbar mengenai salah guna animasi Ejen Ali yang digunakan sebagai kandungan eksplisit di media sosial.

Hal ini tular di Twitter dan beberapa karakter Ejen Ali dan trademark Ejen Ali digunakan untuk tujuan tidak baik.

WAU Animation Sdn Bhd dan Primeworks Studios Sdn Bhd menyatakan bahawa karya seni eksplisit itu bukan dari mereka.

“Walaupun kami percaya pada kebebasan berkarya, tetapi kami tidak menyokong penciptaan, penerbitan dan pengedarankarya seni eksplisit itu,”

WAU Animation Sdn Bhd dan Primeworks Studios Sdn Bhd juga sudah membuat tindakan sewajarnya dan melaporkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.

Mereka juga kini bersama penasihat undang-undang untuk sebarang tindakan undang-undang yang bakal diambil terhadap pemilik akaun media sosial dan atau artis yang mencipta kandungan itu.

Pihak Ejen Ali juga berterima kasih kepada orang ramai dan peminat Ejen Ali untuk membantu dalam usaha mengekalkan komuniti yang beretika.

Sekali lagi, kita sebagai peminat apa-apa jenis francais pun haruslah menjaga dan mencipta ruang yang selamat untuk semua orang terutamanya sebagai peminat Ejen Ali dalam kes ini.

Read More

Showing 1 - 3 of 3 Results