MOBILE

MOBILE

Team Caracal dah bersedia di MEC 2021/2022, ada gaming house sendiri di Melaka

Team Caracal adalah salah satu pasukan pilihan yang kini menuju ke peringkat akhir kategori Mobile Legends di Malaysia Esports Championship (MEC) 2021-2022 yang akan berlangsung pada 7 Januari ini.

Mereka kini berada di kedudukan lapan teratas iaitu suku akhir dan bakal berdepan skuad Cyduken. Difahamkan, skuad lawan mempunyai pemain hebat seperti Abey Gaming. 

Ketika ditanya persiapan mereka menuju MEC, wakil Caracal berkata, mereka sudah berlatih sebanyak mungkin.

“Untuk gameplay dan keserasian pemain-pemain, kami sudah berlatih selama lapan hingga 12 jam sehari.

“Ini bagi memudahkan kami untuk mengadaptasi dengan patch terbaru MLBB,” katanya.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Team Caracal (@team_caracal)

Wakil itu juga berkata, mereka sudah ada gaming house di Melaka.

“Kesemua pemain tinggal bersama dan berlatih bersama-sama,” katanya.

Team Caracal terdiri daripada:

  • Muhammad Aiman Mohamad Abas – Aim
  • Ealtond Rayner – Lolealz
  • Mohd Norhadim Yusup – LinkEzaa
  • Izme Haqeem Hamsjid – Kaizer Kim
  • Jamil Nurolla – Zaraki
  • Ahmad Ali Huzaifi Abdullah Hazawi – Leixia
  • Muhammad Azam Ahmad – Neo
  • Ajwad Mohd Yusof – Kuja (jurulatih)

Mereka adalah gabungan bekas pemain Orange Esports, Team Bosskurr dan RSG MY.

Read More

MOBILE

EVOS Legends bakal bawa masuk pemain hebat di MPL ID S9 – Antimage

EVOS Legends adalah nama yang tidak asing lagi di dalam arena kompetitif Mobile Legends di Indonesia mahupun di dunia.

Juara M1 ini berjaya mendapatkan piala MPL ID musim ketujuh namun gagal mempertahankan takhta mereka di MPL ID musim kelapan seterusnya tidak layak ke Kejohanan Dunia M3.

Menjelang musim kesembilan, Antimage berkongsi dengan peminatnya di dalam penstriman langsung tentang kejutan besar bakal dilaksanakan oleh pasukannya.

https://www.instagram.com/p/CYRUlhJq8RM/

“Kejutan besar untuk EVOS di musim kesembilan. Saya tidak mahu bercakap lebih, akan tetapi musim kesembilan akan terjadi sesuatu yang dasyat,” katanya kepada Revival TV.

“Saya sudah tahu siapa barisan pemainnya, cuma tidak boleh diberitahu. Bakal ada pemain-pemain yang hebat,” tambah beliau.

Adakah kita akan menyaksikan nama-nama seperti Branz akan masuk ke dalam barisan pemain EVOS untuk musim kesembilan? 

Sumber: @emak_moba

Read More

MOBILE

Saya tidak keberatan jika direkrut oleh RRQ – MobaZane

BTK adalah salah satu pasukan dan pencabar baru yang berjaya menggegarkan arena Kejohanan Dunia M3 sebelum ini.

Mereka berjaya menewaskan pasukan Blacklist International yang dianggap sebagai paling kuat di dalam Kejohanan itu.

Meskipun mendapat tempat ketiga, pasukan ini menjadi salah satu saingan yang kuat dan mereka mampu untuk melangkah jauh tanpa penganalisis mahupun jurulatih.

https://www.instagram.com/p/CYLaVREr8TE/

Di dalam satu kenyataan beliau di dalam penstriman langsung. “Jika RRQ ingin merekrut kami, tentu mereka akan melakukannya. Saya pun tidak keberatan direkrut oleh mereka tapi keputusan itu tergantung kepada RRQ,” ujarnya.

Ternyata MobaZane juga berminat bersama dengan organisasi dari Asia Tenggara dan beliau tidak sesekali keberatan untuk bersama organisasi itu jika diberikan peluang. 

Terdahulu, MobaZane bertukar jersi dengan RRQ Xinnn di Kejohanan Dunia M3 dan kita dapat lihat beliau mengenakan jersi itu ketika melakukan penstriman langsung di platform Youtube beliau.

Sumber: ONE Esports

Read More

MOBILE

Zeys dan Rekt ungkap alasan EVOS Legends gagal lolos ke M3

Kejohanan Dunia Edisi M Mobile Legends menjadi satu benchmark oleh semua pasukan profesional permainan peranti mudah alih itu di serata dunia.

Malang sekali buat EVOS Legends, mereka gagal melayakkan diri selepas prestasi yang tidak begitu baik ditonjolkan di MPL ID musim kelapan.

Mereka tewas di lower bracket final oleh ONIC Esports. Zeys selaku jurulatih mengungkapkan mengapa pasukan mereka gagal layak ke Kejohanan Dunia M3.

“Saya fikir di musim ini (MPL ID Season 8), kami tidak benar-benar bermain sebagai sebuah pasukan. Semuanya bermain secara individu, melakukan segalanya secara tidak bersama dengan pasukan, lalu masuk ke sebuah pertandingan,” ucap Zeys.

“Jujur, saya berfikir kami memang sangat layak untuk kalah dan kami tidak berjaya untuk lolos ke M3 atau menjuarai sebarang pertandingan,” tambah beliau.

Rekt sebagai kapten mengaku impian pasukan untuk layak ke Kejohanan Dunia M3 menjadi satu beban yang amat berat buat pasukan.

“Mungkin saya terlalu bercita-cita untuk berjaya lolos ke M3. Mohon maaf juga tidak dapat membawa EVOS ke M3 karena terlalu bercita-cita tinggi,” ujar REKT.

Adakah kita akan melihat pasukan EVOS Legends mengubah nasib mereka di MPL ID musim kesembilan? Kita bakal saksikan.

Read More

MOBILE

5 cara korang nak ‘counter’ Edith

Edith adalah satu hero tank-marksman yang membuatkan ramai pemain keliru atau tidak tahu macam mana nak melawannya.

Keupayaan Edith untuk bertukar role ketika teamfight membuatkan hero ini fleksibel dan sesuai dimainkan dalam banyak situasi.

Macam mana nak lawan Edith kalau dalam rank? Adakah anda perlu ban ataupun anda ingin cuba mencari counter? Jika anda ingin melawannya, baca tips di bawah:

1. Guna hero anti-tank

Edith adalah hero tank yang sangat kebal dan boleh bertukar peranan jadi marksman untuk menyerang dari jauh. Namun, sebenarnya Edith boleh ditewaskan oleh Karrie. 

Kuasa pasifnya yang mampu menolak 8 peratus hingga 12% dari Max HP bermakna dirinya mampu menurunkan nyawa hero tank dengan sangat cepat. Edith pastinya mudah dijatuhkan dengan adanya Karrie di pasukan anda.

Selain itu, ultimate miliknya mampu menaikkan kelajuan pergerakan dan menambahkan dua lightweels sekaligus mempercepatkan pasifnya terjadi.

2. Barang anti tank juga harus dibeli

Malefic Roar menambahkan lagi kekuatan Karrie sebagai tank killer. Ia secara semula jadi memberikan Physical Penetration sebanyak 35%  dan setiap penambahan defense oleh musuh akan menambahkan lagi jumlah penetration yang anda lakukan.

Hero marksman lain seperti Clint, Lesley, Beatrix dan Irithel juga sangat sesuai menggunakan item ini bagi menguatkan serangan mereka.

3. Jaga jarak dan main kiting

Kiting adalah taktik yang biasa digunakan dalam MOBA di platform PC yang bermakna anda menggunakan jarak sebagai kelebihan.

Dengan kiting, anda akan menembak Edith dari jauh dan kemudian lari. Serang, lari, serang, lari.

Taktik ini membolehkan anda mencederakannya tanpa perlu berbalas kecederaan. Layla terutamanya mempunyai jarak sangat jauh dan sesuai main kiting.

4. Berdiri belakang tank

Sebagai hero marksman atau mage, tugas anda adalah berdiri di belakang tank dan kemudian mengenakan damage dari jarak selamat.

Edith mempunyai kuasa yang memerlukan dirinya di jarak dekat jadi selagi anda menjaga jarak, tiada masalah.

5. Gunakan healer

Penyembuh atau healer sangat sesuai untuk counter Edith. Hero seperti Estes, Mathilda dan Floryn atau Rafaela boleh membuatkan pasukan anda bermain agresif tanpa perlu takut dengan Edith.

Walaupun dia akan mengganggu, tapi heal yang berterusan boleh memberikan pasukan anda kelebihan dalam teamfight.

Read More

MOBILE

PUBG: New State akan menerima dua peta baru tahun ini

Krafton mendedahkan paparan pertama peta baharu yang akan datang ke PUBG: New State pada tahun ini.

Dalam mesej Selamat Tahun Baru, Krafton mendedahkan bahawa mereka sedang mengusahakan medan pertempuran baharu yang akan dilancarkan pada pertengahan tahun ini. Walaupun maklumat berkenaan peta baharu ini tidak didedahkan lagi, ia nampaknya mempunyai rupa bumi yang kasar dengan tumbuh-tumbuhan dan gunung.

Pada masa ini, PUBG: New State mempunyai dua peta battle royale, Troi dan versi Erangel yang dinaik taraf. Kedua-duanya bersaiz 8×8 ​​kilometer. Krafton tidak mendedahkan saiz peta yang akan datang ke New State.

Pembangun juga mendedahkan bahawa ia sedang mengusahakan banyak kandungan baharu yang akan dikeluarkan pada tahun ini. Yang pertama daripada ini akan keluar dalam dua bulan pertama tahun ini. Butiran lanjut akan dikeluarkan kemudian.

Krafton menjanjikan pemain bahawa salah satu keutamaan utamanya tahun ini adalah untuk terus membuat kemaskini dan penambahbaikan pada permainan. Mereka berkata bahawa mereka bercadang unutk melakukan kemaskini ini melalui ‘komunikasi terbuka dan telus’ dengan pemain.

Krafton juga menawarkan semua pemain hadiah tahun baru yang boleh dituntut sehingga 10 Januari. Pemain boleh menebus kod kupon ‘HAPPYNEWSTATE’ untuk mendapatkan enam Chicken Medal dan tiga Royal Chest Tickets. Kod itu boleh ditebus di sini.

Sumber rujukan: Krafton

Read More

MOBILE

Babble Royale – tukarkan Sahibba jadi PUBG

Siapa sangka permainan seakan-akan Sahibba atau Scrabble boleh ditukarkan menjadi battle royale.

Babble Royale adalah permainan video kompetitif menyusun perkataan seperti Sahibba tetapi dengan elemen battle royale.

Permainan ini dibuat oleh Frank Lantz’s Everybody House Game yang pernah membuat Universal paperclips dan Hey Robot.

Sama seperti battle royale lain anda akan turun dengan payung terjun dan huruf pertama anda iaitu huruf  ‘A’.

Anda perlu membuat perkataan baru untuk bergerak di dalam peta dan mengelak dari berada di dalam zon bahaya.

Jika anda berjaya menyambungkan perkataan anda dengan perkataan musuh, anda akan membunuh musuh itu.

Kosmetik yang ada dalam permainan ini adalah rekaan berlainan untuk setiap huruf yang anda.

Memilih payung terjun dengan huruf yang anda mahu dan sudah semestinya beberapa kosmetik yang lain.

Penulis juga sudah mencuba permainan ini dan Babble Royale bukanlah semudah yang disangka.

Anda perlu betul-betul memikirkan setiap perkataan seterusnya untuk menjadi pemain yang terakhir.

Paling menarik apabila anda mati disebabkan perkataan yang anda sendiri tidak pernah dengar.

Babble Royale kini boleh dimuat turun secara percuma di Steam.

Read More

MOBILE

Bapa hutang RM60,000 dek Genshin Impact

Bahaya permainan Gacha nyata boleh membuat seseorang itu membelanjakan banyak wang.

Namun, kali ini seorang bapa dari Singapura terpaksa membayar RM60,000 bil kad kredit dari 89 transaksi yang berada di bawah namanya.

89 transaksi itu adalah dari Genshin Impact.

“Pada mulanya, saya ingat diri saya ditipu oleh syarikat kad kredit tetapi bank mengatakan semua transaksi adalah transaksi yang sah,” menurut Lim, 56.

Semua transaksi ini dilakukan oleh anak perempuannya yang berusia 18 tahun melalui akaun Grab.

Gadis itu menggunakan kad kredit bapanya untuk membuat tambah nilai dalam Genshin Impact dan membuat semua 89 transaksi dari bulan Ogos sehingga Oktober tahun lepas.

Anak perempuan Lim adalah seorang pelajar di International Baccalaureate School dan meggunakan RM900 untuk membeli tambah nilai genshin.

Grab dan Coda Payments juga menasihati supaya membuat notifikasi untuk transaksi dalam talian.

Lim kini membayar RM30,000 dan memberitahu pembayaran ini atas dasar belas ehsan beliau.

“Kami sebagai ibu bapa tidak dapat mengawal. Perkara sebegini bakal berlaku dan saya mohon ibu bapa memantau anak-anak mereka,” katanya.

Rujukan: TheStraitsTimes

Read More

MOBILE

MPL Kemboja kini kembali untuk musim kedua

Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPL) di Kemboja kini kembali untuk musim kedua. Digelar Spring Split, pertandingan ini bakal kembali dengan Smart Communications.

MPL KH S1 pernah membuat siaran langsung di beberapa siaran sukan televisyen dari Julai sehingga Oktober lepas seperti CSTV, BTV, TV3 dan SEATV. Malah, berjaya mencecah 10.7 juta tontonan dengan 1.36 juta jumlah jam tontonan.

Pasukan terkuat Kemboja, SeeYouSoon juga menyertai M3 World Championship baru-baru ini. Anda boleh menyaksikan mereka untuk MPL KH S2 Spring Split.

Sebanyak 256 pasukan bakal bertempur untuk menunjukkan kehebatan masing-masing.

Bertemakan “Born Outstanding”, MPL KH S2 di Kemboja dapat membantu ramai pemain yang menyerlah untuk mencapai impian mereka.

Jadual MPL KH S2 Spring Split

  • 2 Januari – 11 Januari: Pendaftaran MPL KH S2
  • 13 Januari – 21 Januari: Pusingan Kelayakan (8 Pasukan terbaik akan dipilih dari Pusingan Kelayakan)
  • 28 Februari – 28 Mac: Regular Rounds (4 pasukan jemputan & 4 Pasukan dari Pusingan Kelayakan)
  • 9 April – 24 April: Pusingan Playoffs

Bagi mendapatkan maklumat lanjut MPL KH and anda boleh melayari laman rasmi MPL KH.

Read More

MOBILE

10S Gaming Frost muncul juara Kejohanan “M3 kami” di Jepun

Kejohanan Dunia M1 dan M2 menjadi antara salah satu berita gembira buat peminat MLBB di negara Jepun satu ketika dahulu.

Pasukan 10S Gaming menggegarkan Axiata Arena Kuala Lumpur pada waktu itu dengan penggunaan meta Rafaela. 

Namun begitu, Kejohanan Dunia M3 menyaksikan pertandingan itu tidak dihadiri oleh pasukan Jepun. Obuyan pernah mempersoalkan slot mereka ke M3 sebelum ini.

https://www.instagram.com/p/CYG7PurvMAI/

Kejohanan yang dinamakan sebagai M3 kami sudah dilancarkan oleh jepun. Kejohanan itu akan ditaja oleh LLG & KO. Wang hadiah terkumpul sebanyak 300 ribu yen (RM11 ribu) untuk dimenangi.

10S Gaming Frost berjaya muncul juara Kejohanan ini. Kemenangan itu diumumkan di dalam Instagram rasmi mereka. Tahniah diucapkan.

Foto: 10S Gaming Frost

Read More

MOBILE

Pendaftaran pusingan kelayakan MPL MY S9 kini dibuka

MPL MY musim kesembilan akan bermula tidak lama lagi. Liga Profesional Mobile Legends ini menentukan siapakah pasukan yang terkuat di dalam Malaysia ketika ini.

Pendaftaran pusingan kelayakan kini sudah dibukan. Pengumuman itu dibuat di dalam sebuah posting Instagram MPL MY.

https://www.instagram.com/p/CYLpnXivjBW/

Antara keperluan peringkat kelayakan adalah setiap pemain harus mencapai umur 16 tahun dan ke atas dan setiap pasukan perlu mempunyai 6 orang pemain minimum dan 10 pemain maksimum.

Selain itu, maklumat mengenai peringkat kelayakan ini adalah ia akan bermula pada 14 Januari dan akan berakhir pada 16 Januari. 

Terdapat 6 kumpulan yang akan dipertandingkan dan setiap kumpulan mempunyai 128 pasukan untuk bermain di dalam format best of one.

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan scan QR Code di posting di atas. Inilah masanya untuk pasukan anda menonjolkan kemahiran yang ada. Jangan tunggu lagi, daftar sekarang.

Sumber: MPL MY Official

Read More

MOBILE

Inilah barisan pemain Suhaz Junior, pencabar baru di Land of Dawn

Suhaz Junior yang baru diumumkan sebelum ini adalah pencabar baru peringkat kelayakan MPL MY musim kesembilan.

Mereka akan dilatih oleh jurulatih Suhaz Esports itu sendiri iaitu Padel. Sebelum ini, barisan pemain pasukan Suhaz Junior masih lagi menjadi satu misteri.

https://www.instagram.com/p/CYKqTIgJl67/

Namun kini, Suhaz Esports mendedahkan barisan pemain Suhaz Junior yang akan bertanding di dalam Land of Dawn.

Suhaz Junior dianggotai oleh:

  • Mann – Midlaner
  • Mush – Roamer
  • Asyyy – Gold Lane
  • Kwengz – Offlaner
  • Coklat – Jungler
  • Am – Pengurus

Nantikan kemunculan mereka di peringkat kelayakan MPL MY musim kesembilan. Pencabar baru ini akan memberikan saingan yang hebat!

Read More

Showing 133 - 144 of 149 Results