MOBILE
Lemon buat comeback! Inilah lineup penuh RRQ Hoshi di MPL ID musim kesembilan
Pasukan RRQ Hoshi kini mendedahkan barisan penuh pemain mereka. Terdapat muka lama dan juga muka baru di dalam senarai kali ini.
Nampaknya, pemain veteran RRQ Hoshi, Muhammad Ikhsan “Lemon” membuat kemunculan kembali selepas beberapa lama menyepi dari menyertai MPL ID.
Pengumuman itu dibuat di dalam sebuah hantaran di Instagram rasmi mereka.
https://www.instagram.com/p/CZEnZpsoylE/
RRQ Hoshi dianggotai oleh:
- Skylarrr
- Vyn
- R7
- Alberttt
- Clay
- Yummy
- Aether
- Violence
- Psychoo
- Lemon
Seperti yang dijangkakan, Xinnn tidak akan bermain untuk pasukan Sang Raja kali ini.
Adakah barisan pemain ini bakal menebus kekalahan mereka di Kejohanan Jemputan Mobile Legends (MPLI) dan Kejohanan Dunia Mobile Legends (M4) untuk tahun ini? Kita bakal saksikan.
Xorn rehat dari main di MPL?
Pemain Geek Fam Mobile Legends, Mohammad Zul Hisham (Xorn) memuat naik satu hantaran di Instagram dengan menulis “Gonna Miss This Moment” (akan rindu saat ini). semalam.
Foto itu juga menunjukkan Xorn sedang bermain di Liga Profesional MLBB (MPL) MY.
View this post on Instagram
Malah, komen dari jurulatihnya, Ariff Iswandi (Amoux) yang menulis “Safe Flight” menambahkan lagi tanda tanya sama ada beliau akan bermain atau tidak di MPL MY musim kesembilan.
Terdahulu, rakan sepasukannya Feekz pernah menulis “The Last Ride” di kapsyen foto menandakan beliau bersara dari kompetitif.
Adakah Xorn sekadar rehat semusim dan akan kembali nanti? Kita bakal saksikan.
Foto: Xorn | Instagram
“Saya akan cuba ke Indonesia, Februari nanti,” – MobaZane
Pemain jungler BTK, Michael Cosgun atau MobaZane berhasrat untuk ke Indonesia pada bulan Februari nanti dan bertemu dengan ahli pasukan profesional Mobile Legends di sana.
“Saya hanya berbincang dengan mereka (pasukan-pasukan) tapi tidak menandatangani mana-mana kontrak.
“Saya akan cuba ke Indonesia pada Februari dan meminta izin untuk tinggal sementara di gaming house pasukan profesional di sana,” katanya dalam satu penstriman langsung di Youtube baru-baru ini.
Terdahulu, MobaZane juga mengkhabarkan beliau berminat untuk masuk pasukan RRQ jika diberi peluang malah dia mengakui dilamar oleh beberapa pasukan seperti Bigetron Alpha dan Dewa United.
Pasukan MobaZane iaitu BTK mengejutkan ramai pihak di Kejohanan Dunia MLBB, M3 apabila menjadi pasukan Amerika Syarikat yang berjaya mendapat tempat ketiga.
Walaupun tiada Liga Profesional (MPL), BTK mencipta sejarah tersendiri selepas menewaskan juara MPL PH S8, Blacklist International di peringkat kumpulan.
Team Secret dan 4RIVALS Alliance sudah bersedia di PMGC 2021
Selepas dua bulan bertempur, pasukan Malaysia, Team Secret dan 4RIVALS Alliance kini bakal bertempur di persada dunia mewakili Malaysia ke Grand Finals PUBG Mobile Global Championship (PMGC) 2021.
Mereka menjadi antara 16 pasukan terbaik serata dunia untuk berlawan.
Kemasukan ini adalah satu kejayaan buat Malaysia yang perlu disambut baik kerana berjaya menghantar dua pasukan ke peringkat antarabangsa.
Team Secret
Team Secret yang hanya bermain bersama selama setahun sahaja sudah berjaya membuktikan kerjasama mereka di kemuncak hasil latihan dan scrim dengan pasukan kuat yang lain.
Kini mereka juga berkeyakinan untuk memenangi PMGC dengan barisan pemain IShotz, MADTOI, Fredo, Jumper, KiD dan Y2k.
“Kami sangat teruja untuk berlawan dengan pasukan-pasukan kuat dari serata dunia. Sudah pasti hal ini tidak mudah, namun kami mempunyai kelebihan yang pasukan lain tidak ada. Dua In-Game-Leader yang mempunyai pengalaman lama dari pelbagai pertandingan antarabangsa bakal menjadi senjata rahsia kami.
“Kedua-dua mereka mempunyai cara bermain yang unik dan kami percaya kami berpeluang untuk memenangi PMGC,” ujar Muhammad Arif bin Badrul Hisham, selaku Pengurus Pasukan Secret.
4 RIVALS Alliance
Tidak dilupakan 4RIVALS Alliance, yang terpaksa menghadapai banyak batu penghalang sebelum berjaya.
Pasukan itu sudah mengharungi beberapa perubahan dalam dua tahun ini temasuk perubahan nama, penukaran pengurusan dan pemain.
Mereka terdiri daripada Rith, Eypul, Appy, PEMBURU dan Stoned.
“Hal ini merupakan antara perkara terbaik yang pernah berlaku kepada pasukan kami (perubahan-perubahan ini),” ujar Appy, selaku Support/In-Game-Leader.
Appy juga adalah satu-satunya pemain yang ada dalam barisan pasukan yang asal.
“Pada mulanya, banyak halangan yang kami perlu tempuhi dan saya bersyukur kami berjaya dan layak sebagai finalis ke PMGC,”
Eypul yang juga pemain Multirole memberitahu kejayaan mereka adalah semua peminat yang sentiasa bersama ketika dalam susah dan senang.
Selamat maju jaya dan tahniah diucapkan untuk Team Secret dan 4RIVALS Alliance mewakili Malaysia ke finals PMGC 2021.
Grand Finals PMGC akan diadakan pada hari ini hingga Ahad ini dengan jumlah hadiah wang terkumpul sebanyak RM24 juta untnuk dimenangi.
Ryzen masih bersama Bigetron Red Aliens?
Bigetron Red Aliens adalah salah satu kuasa besar di dalam PUBG Mobile baik di Indonesia mahupun dunia.
Pencapaian mereka di tahun 2020 begitu baik sekali dengan mendapat tempat kedua di musim liga Kejohanan Dunia PUBG Mobile.
https://www.instagram.com/p/CY8cSNDBrWx/
Namun begitu, prestasi mereka di tahun 2021 kurang memuaskan apabila mereka gagal ke peringkat grand final PMGC 2021.
Di dalam penstriman Nimo TV BTR Starlest, Edwin Chia menyuarakan pandangan tentang kedudukan Ryzen di dalam pasukan.
“Apakah Ryzen tetap di Bigetron Red Aliens? Saya tidak tahu, isnin depan kami akan mengadakan sidang media untuk divisi PUBG Mobile Bigetron 2022,” ujarnya.
Adakah kita akan melihat BTR mengubah barisan pemain mereka untuk musim baru kali ini? Kita bakal saksikan.
Sumber: ONE Esports
Hyper Front dilancarkan untuk 4 negara Asia Tenggara di peranti Android
Hyper Front adalah permainan baru FPS di pelantar mudah alih dari NetEase.
Permainan ini dilancarkan di empat negara Asia Tenggara iaitu Malaysia,Thailand, Filipina dan Singapura.
Semua akaun dan kemajuan di beta test juga akan disimpan.
【Hyper Front | Free to play 5V5 hero-based FPS on mobile】
— Hyper Front (@HyperFrontEn) January 19, 2022
Put the trigger! More than better!
A 5v5 hero-based FPS mobile game, with more tactical opportunities to let your gunplay shine.#HyperFront
Head over to HD version >>> https://t.co/XwLp42qvJW pic.twitter.com/Qy7eV1l9sZ
Hyper Front juga sudah memperkenalkan beberapa hero mereka dengan video treler baharu. Anda akan bermain 5 lawan 5 dengan beberapa mod berbeza.
Ini juga bermakna ranked dan unranked terbahagi kepada mod seperti Search and Detroy dan Arms Battle.
Permainan ini banya memerlukan 2GB RAM dan versi Android 6.0 ke atas.
Ahmad dan Leomurphy turun ke MDL?
Leomurphy dan Ahmad adalah pemain yang memegang role penting di dalam pasukan Alter Ego.
Kedua-dua pemain ini memberikan impak yang besar ke dalam pasukan.
Menerusi perkongsian dari @emak_moba, Leomurphy dan Ahmad dikatakan bermain bersama dengan Alter Ego X di pertandingan Dunia Games.
https://www.instagram.com/p/CY8UCD3rrXH/
Alter Ego X adalah pasukan MDL mereka, adakah ini bermakna Ahmad dan Leomurphy akan turun ke MDL dan pemain baru bakal menggantikan mereka?
Setakat ini, Alter Ego masih belum mendedahkan barisan pemain mereka untuk MPL ID musim ke-9. Sama-sama kita nantikan.
Sumber: @emak_moba
5 permainan video dengan transaksi mikro paling teruk baru-baru ini
Banyak sebenarnya permainan video yang boleh dikatakan ‘Pay-2-Win’. Pada pemain, anda pasti tidak suka tetapi selalunya para pengeluar permainan video menyukai kaedah ini.
Lebih banyak kesusahan untuk pemain lebih banyak duit mereka akan dapat.
Jom lihat 5 permainan video baru dengan transaksi mikro paling teruk.
1.Marvel’s Avengers
Sebelum keluar Marvel’s Avengers, pembina permainan ini mengatakan mereka tidak akan menggunakan loot box dan menjadikan permainan ini Pay-2-Win.
Namun, ramai orang seolah-olah ditipu, terdapat satu booster di dalam Marvel’s Avengers yang akan memberi anda kelebihan berbanding orang lain.
Malah experience yang anda dapat juga sudah direndahkan sekali gus menjadikan permainan ini memerlukan grind yang sangat banyak dan lama.
Disebabkan ramai tidak menyukai perkara ini akhirnya Crystal Dynamics terpaksa akur dan membuang ciri ini.
Tetapi nasi sudah menjadi bubur.
2. Call of Duty Warzone
Skin Operator ini adalah Awoken Francis.
Ia hanya boleh didapati pada tier 100 dalam battle pass COD Warzone.
Sebenarnya skin ini sudah terkena satu pepijat yang membuat ia tidak dapat dilihat dari jarak tertentu.
Apa yang anda nampak hanya kepala yang terbang.
Hanya orang yang membelanjakan wang sahaja boleh mendapatkan skin itu.
Walaupun pepijat ini sudah dibuang tetapi, beberapa minggu yang penuh kesengsaraan sudah pun berlaku untuk ramai pemain CoD Warzone.
3. Pokemon Unite
Item Enhancers dari Pokemon Unite pada mulanya sangat-sangat ‘Pay-2-Win’.
Hanya pemain yang membelanjakan wang untuk meningkatkan item ke level 30 akan mendapat banyak stats ekstra yang sudah pasti memberi kelebihan kepada penggunanya.
Namun, Timi Studios akhirnya akur dan sudah membuat beberapa penukaran untuk menjadikan item enhancer mudah didapati oleh ramai pemain.
Jarang sekali kita mendengar studio permainan video yang menukarkan pengewangan permainan video mereka demi orang ramai.
4. NBA 2k22
Seperti biasa permainan video sukan pasti akan ada transaksi mikro yang boleh membuatkan pasukan anda sangat-sangat kuat.
Malah untuk menaik taraf karakter anda, anda perlu menggunakan VC, duit di dalam 2k22.
Mahu karakter kuat? Gunakan VC.
Jika tidak mahu keluarkan duit? Anda perlu bersiap sedia untuk grind yang mengambil masa sangat lama.
5. Fortnite Skin Spiderman
Fornite memang terkenal dengan beberapa skin yang dikeluarkan sedikit Pay-2-Win disebabkan gimik yang ada.
Dengan skin Spiderman ini anda akan menggunakan satu emote untuk bergantung terbalik di mana-mana tempat yang akan membuat pemain musuh sukar untuk mencari anda.
Skin ini seperti biasa memerlukan duit untuk mendapatkanya.
Apa lagi transaksi mikro yang tidak masuk akal dan menyusahkan yang anda pernah jumpa?
Mobile Legends melancarkan koleksi NFT pertamanya di Binance
Mobile Legends: Bang Bang atau dikenali ramai sebagai MLBB adalah salah satu permainan mudah alih yang terbesar di rantau Asia. Malah, ia juga terkenal di seluruh dunia. Kini, permainan MOBA itu melancarkan koleksi NFT pertamanya melalui pelantar matawang kripto Binance NFT.
Digelar sebagai ‘The Aspirants’, koleksi ini akan menawarkan dua NFT yang menampilkan dua watak wanita yang terkenal dalam permainan itu, Layla dan Fanny.
Koleksi NFT ini akan menawarkan 12 kotak misteri unik dengan empat gred berbeza, setiap satu mengandungi figura digital dan animasi eksklusif watak-watak itu.
Bagi mereka yang tidak tahu, NFT ialah aset digital atau fizikal yang unik yang boleh dibeli atau dijual pada rantaian blok mata wang kripto. Setiap token atau item di pasaran adalah unik dan tidak boleh ditukar ganti, menjadikan sesetengah daripada mereka sangat mahal.
Mereka yang membeli kotak itu akan berpeluang memenangi EMOJI NFT ekslusif kostum siri Airdrop of The Aspirants.
Memandangkan NFT itu unik, kotak NFT ini akan dijual sebanyak 25,000 kotak sahaja.
Ini pula gred serta kostum yang ada:
Super Super Rare (SSR) – 0.60%
Blade of Kibou Fanny
Miss Hikari Layla
Super Rare (SR) – 7.40%
Skylark Fanny
Blazing Gun Layla
Rare (R) – 9%
Lightborn – Ranger Fanny
S.A.B.E.R. Breacher Layla
Christmas Carnival Fanny
Bunny Babe Layla
Normal (N) – 12%
Campus Youth Fanny
Green Flash Layla
Lifeguard Fanny
Blue Specter
Untuk maklumat lanjut, anda boleh ke laman web Binance di sini.
Sumber rujukan: Global News Wire
Pencipta PUBG, PlayerUnknown, ingin membangunkan permainan gergasi baharu
Brendan Greene atau lebih dikenali sebagai PlayerUnknown yang mencipta PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) adalah salah satu nama besar dalam industri permainan video. Nama beliau disemat dalam minda semua pemain sebagai pencipta permainan battle royale pertama yang menjadi pemangkin kepada pembangunan genre itu.
Greene sudah tidak membangunkan PUBG, tetapi kini beliau berminat untuk membangun permainan lain pula.
Menurut sebuah kicauan beliau di Twitter, beliau sedang mencari kepakaran untuk membangunkan permainan ‘dengan dunia sebesar planet’.
Today I want to share a proof-of-concept tech demo from early last year.
— PLAYERUNKNOWN (@PLAYERUNKNOWN) January 17, 2022
This gave me the confidence to think about planet-sized worlds and the possibilities they could afford players.
If you want to help us make these worlds, we are hiring!https://t.co/MUO49PS2KG pic.twitter.com/wDef2Jz34T
Setakat ini, beliau tidak menunjukan apa-apa petunjuk tentang permainan itu selain video acah yang dikongsikan beliau.
Malah, ia tidak diketahui sama ada permainan itu akan kekal dengan genre battle royale atau pun akan menceburi genre lain. Pendapat peminat menunjukkan permainan itu akan menjadi permainan dunia terbuka.
Sumber rujukan: Twitter
Jurulatih ONIC bagi alasan kenapa pasukannya tak ‘perform’ di M3
Jurulatih ONIC Esports, Aldo mengatakan mood pemain ONIC Esports terganggu disebabkan faktor pemain penat, makanan kurang sesuai dan waktu kuarantin yang lama di Kejohanan Dunia Mobile Legends, M3.
View this post on Instagram
Prestasi ONIC Esports dikatakan merudum selepas tewas di tangan Todak pada peringkat kumpulan dan tewas di tangan Blacklist International.
Namun, hakikatnya ramai lagi pemain menunjukkan prestasi yang memberangsangkan seperti juara M3, Blacklist International yang memulakan kembara mereka dari lower bracket.
Xinnn dedah barisan pemain RRQ Hoshi untuk MPL ID S9
MPL ID musim ke-9 bakal tiba di bulan Februari ini. Kesemua pasukan dari Indonesia sudah bersiap sedia dengan barisan pemain baru mereka.
Menurut ONE Esports, Xinnn membocorkan barisan pemain untuk pasukan RRQ Hoshi setakat ini adalah Skylar, Vynnn, R7, Alberttt dan Clay.
https://www.instagram.com/p/CY5vr-nNlCH/
Siapakah bakal menjadi pelengkap bagi pasukan RRQ Hoshi untuk musim MPL ID kali ini?
Terdahulu, mereka gagal membawa pulang piala M3 selepas ditewaskan pasukan Blacklist International dengan skor 3-0 tanpa balas.