MOBILE

MOBILE

Prestasi pemain MLBB dari Indonesia merudum akibat streaming?

Kebanyakkan pemain profesional Mobile Legends dari Indonesia melakukan streaming di pelantar Nimo TV.

Ini menjadi trend buat para pemain ini di samping bermain secara kompetitif di dalam Land of Dawn.

Ada juga yang menyatakan bahawa prestasi mereka kian merudum oleh kerana sibuk dengan streaming pada lewat malam seperti Ferxiic.

Menerusi ONE Esports, Pengurus lokal Nimo TV iaitu Veronica menjelaskan kepada mengenai perkara ini. Menurut beliau, “Kami sedar akan perkara ini dan tidak ingin pemain profesional mengalami burnout kerana terus bermain.

“Kami juga sudah menerapkan peraturan berbeza kepada mereka dengan tidak mengenakan penalti jika tidak dapat memenuhi sasaran.

“Pada setiap tahun, kami melakukan empat kali on season dan off season kepada mereka. Ini kerana kami melihat kitaran arena kompetitif Mobile Legends dan PUBG Mobile seperti itu. Jika mereka tidak mencapai sasaran di on season, kami tidak akan mengenakan penalti,” tambah beliau.

Veronica juga menyerahkan keputusan untuk seorang pemain profesional itu melakukan streaming kepada organisasi masing-masing. Jika ada prestasi yang merudum oleh kerana faktor melakukan streaming, maka ia harus dikurangkan demi kebaikan pemain itu sendiri.

Sumber: ONE Esports

Read More

MOBILE

Layla dan Fanny akan dapat skin anime baru, The Aspirants

Nampaknya Layla dan Fanny bakal mendapat dua skin menarik yang bertemakan anime!

Kedua karakter wanita dalam Mobile Legends: Bang Bang ini bakal menjadi dua hero pertama yang akan dipaparkan dalam skin line “The Aspirants” yang menggunakan lakon suara istimewa dari Jepun.

Ia akan hadir pada 22 Januari hingga 25 Februari ini tapi hanya boleh didapatkan melalui acara cabutan dan bukan di stor.

Layla akan dilakon suara oleh Yoshino Nanjo yang pernah melakonkan suara Eli Ayase dalam Summer-Colored High School manakala Fanny pula dilakon suara oleh Nana Mizuki yang pernah membawa watak Hinata dalam siri Naruto.

Dapatkan lebih info dalam video di bawah ini:

Read More

MOBILE

Attack on Titan kini hadir ke Call of Duty Vanguard dan Warzone Pacific sebagai kolaborasi

Musim terakhir Attack on Titan sudah pun bermula dan kita bakal melihat kesimpulan anime yang disiarkan lebih kurang 10 tahun lalu. Kini, anda boleh merealisasikan impian anda untuk menyertai Survey Corps di Call of Duty Vanguard dan Warzone Pacific.

Sebuah koleksi yang akan dilancarkan pada 20 Januari akan membawa 10 item Attack on Titan ke Call of Duty Vanguard dan Warzone Pacific.

Antaranya ialah kostum Survey Corps yang diilhamkan oleh Kapten Survey Corps Levi Ackerman, tetapi anda juga akan mempunyai akses kepada tiga blueprint senjata dan pelbagai bonus lagi.

Senjata yang ditawarkan dari koleksi ini adalah SMG “Historia” serta senjata tempur AR “Ymir Curse”.

Kedua-dua senjata ini mempunyai gaya permainan yang berbeza. “Historia” lebih sesuai untuk menembak sambil bergerak pantas, tidak kurang bezanya dengan Survey Corps yang lincah dan pantas mengatasi musuh di siri Attack on Titan. 

Manakala, “Ymir Curse” pula memberi kelebihan kepada pemain yang pandai membidik pada jarak jauh. Senjata ini sesuai menembak pada jarak jauh kerana ia tiada recoil mendatar dan menawarkan 9 konfigurasi berbeza.

Peminat siri Attack on Titan juga akan melihat pelbagai lagi item yang menarik yang diilhamkan dari siri anime itu.

Koleksi ini akan ditawarkan bermula 20 Januari dan bernilai sebanyak 2,400CP, bersamaan dengan AS$19.99 (RM84).

Sumber rujukan: PlayStation

Read More

MOBILE

PUBG Mobile membuka pendaftaran Next Star program

Tencent kini melabur AS$100 juta (RM418 juta) ke dalam program baharu untuk pencipta kandungan PUBG Mobile. Program Next Star, yang memulakan proses pengambilannya. Program ini bakal menyediakan calon kepada akses eksklusif, pakej pampasan dan banyak lagi faedah.

Program ini terbuka kepada semua orang dengan syarat mempunyai lebih daripada 50,000 pengikut di YouTube, TikTok, Twitch atau akaun media sosial lain. Calon juga disarankan untuk bersifat ‘profesional, bersemangat dan bekerja keras.’

Jika anda berminat dengan tawaran ini, anda boleh mengisikan borang penyertaan melalui Google Forms ini.

Calon yang diterima ke program ini akan ditawarkan latihan khas serta pakej pampasan. Calon juga akan dapat akses awal kepada PUBG Mobile versi-versi baharu sebelum ia dilancarkan ke pihak awam.

Tencent juga berjanji untuk memberikan calon tahap pendedahan yang tinggi melalui akaun rasmi PUBG Mobile dan juga menyediakan akses kepada kejohanan dan acara luar talian di seluruh dunia.

Calon-calon juga mungkin mendapat peluang untuk menyertai kejohanan eksklusif dan bermain bersama pemain profesional.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web rasmi program Next Star PUBG Mobile di sini.

Sumber rujukan: Twitter, PUBG Mobile

Read More

MOBILE

SoulGamingX buat hal lagi?

SoulGamingX pada tahun lepas pernah tular di Facebook akibat kes gangguan seksual dan pernah mengejek dan memburukkan orang Sabah.

Minggu ini dia ada membuat satu kenyataan yang sangat tidak sensitif malah sudah mendapat beberapa perhatian.

Kenyataan yang dibuat Soulgamingx ketika itu dikatakan sedang marah.

“Aku sumpah dengan nama Allah, biar kena balik pada korang. Korang orang Islam kan?”

“Kalau sumpah aku tu tak jadi aku minta Allah panah petirkan aku,”

Dia juga sudah mengeluarkan kata-kata cacian terhadap orang lain dan menambah beberapa kenyataan dengan menggunakan nama Tuhan.

Onethego Productions (bekas pengurus Team Secret) juga sudah mengeluarkan satu kenyataan di Facebook mengenai perkara ini.

Malah OTG yang bukan beragama Islam pun berasa kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh SoulGamingX.

Soul kini membuat siaran langsung strim dan cuba memohon maaf sekali lagi buat kali ketiga.

Apa sudah jadi SoulGamingX?

Read More

MOBILE

Yin, hero baru Mobile Legends – Jujutsu Kaisen gabung dengan Shang-Chi

Yin, The Kingfu Genius, hero Fighter baru Mobile Legends Bang bang diumumkan dengan videonya sendiri.

Dalam video itu menunjukkan Yin berlawan dengan Yu Zhong.

Karakter Yin ini memberi gambaran seolah-olah gabungan Jujutsu Kaisen dan Shang-Chi.

https://cdn.realsport101.com/images/ncavvykf/gfinityesports/241d5106bfb72736177e8e1fb20324ca93d09d98-640x360.jpg?w=686&h=386&auto=format

Persamaan Jujutsu Kaisen ialah Yin mempunyai Ultimate yang akan mengubah personalitinya kepada Lieh dan memerangkap musuh di dalam kawasan terasingnya sendiri sama seperti Domain Expansion dari Jujutsu Kaisen dan Sukuna sebagai syaitan yang berada di dalam badan Itadori Yuuji.

Shang-Chi pula disebabkan Yin mempunyai enam gelang besar hampir sama dengan Shang-Chi yang mempunyai sepuluh gelang ditangannya.

Kebolehan Yin/Lieh

Disebakan Yin mempunyai Ultimate untuk bertukar menjadi Lieh, kuasa Yin mempunyai dua versi.

Pasif – Leave It to Me (Buff)

passive yin

Yin akan membuat 125% peningkatan damage apabila tiada hero pasukan sendiri berdekatan.

Skill 1 (Yin) – Charged Punch

skill 1 yin

Yin akan mendapat Movement Speed sebanyak 40% untuk dua saat dan apabila ditekan sekali lagi Yin akan menumbuk ke hadapan.

Skill 1 (Lieh) – Frenzy Strike

form lieh skill 1 yin

Lieh akan menumbuk tanah sebanyak sepuluh kali membuat damage fizikal dan pihak musuh akan mendapat slow sebanyak 75% untuk 0.3 saat.

Skill 2 (Yin) – Instant Blast

skill 2 yin

Yin akan dash ke hadapan dan meninggalkan gelang emasnya di belakang.

Selepas 1 saat Gelang Emas itu akan mengikut Lieh dan membuat damage dan pegun pihak musuh selama satu saat.

Skill 2 (Lieh) – Instant blast

Lieh akan menendang ke hadapan dan meninggalkan Gelang Emasnya di belakang.

Selepas satu saat Gelang Emas itu akan mengikut Lieh dan mengenakan damage dan pegun pihak musuh selama satu saat.

Ultimate – My Turn

skill 3 yin

Yin akan menarik seorang musuh ke dalam kawasan kekuasaan yang berasingan untuk 8 saat dan bertukar menjadi Lieh.

Lieh dan musuh tidak akan terjejas dengan skill hero-hero lain.

Di dalam kawasan kekuasaan itu, jika Yin berjaya membunuh musuh, dia akan keluar dari kawasan itu dengan Skill 1 dan Skill 2 akan reset.

Yin akan dikeluarkan ke Mobile Legends Bang bang pada 18 Januari ini dalam kemaskini The First hero of “Forsaken Light”.

Read More

MOBILE

Momo adalah salah seorang pemain Macro terbaik setakat ini dalam MLBB

Pasukan Todak adalah salah satu pasukan yang berjaya membawa nama Malaysia ke pentas dunia di dalam Kejohanan Dunia Mobile Legends M3 baru-baru ini.

Meskipun hanya mendapat tempat kelima/keenam secara keseluruhan, mereka sudah memberikan usaha yang terbaik. Bukan itu sahaja, pasukan Todak juga menunjukkan peningkatan prestasi mereka di M3.

Salah satu ahli pasukan Todak yang harus diberikan pujian adalah Idreen Abdul Jamal (Momo). Beliau boleh dikatakan seorang pemain yang mempunyai kemahiran Macro terbaik setakat ini.

Definisi Macro dalam MLBB: Konsep pemahaman tentang kesedaran pada mini-map, kepentingan mengambil objektif, keberadaan musuh dan memfokuskan sama ada untuk split push atau menyertai teamfight.

CORAK PERMAINAN AGRESIF

Kita dapat lihat di Kejohanan Dunia M3, Momo menggunakan Brody dengan cukup baik. Beliau bijak menggunakan peluang untuk mendapatkan farming untuk mendapatkan blade of despair dan endless battle untuk mula bermain agresif. Seperti kita sedia maklum, Brody adalah hero yang sesuai dimainkan secara agresif oleh kerana skill set hero itu mudah memberikan burst damage yang tinggi kepada musuh. 

Mengikut data yang dikeluarkan oleh Moonton, Momo mencatatkan 859 Gold setiap minit, rekod paling tinggi bagi hero marksman dipilihnya dalam perlawanan ke atas Navi. Dia juga mencatatkan 76.92% kill participation

PENGAWASAN PETA YANG TINGGI

Untuk menjadi seorang pemain yang memiliki kemahiran macro yang tinggi. Pemain itu harus mempunyai tahap pengawasan peta yang bagus di mana seperti kita lihat Momo mempunyai kadar kematian yang rendah di Kejohanan Dunia M3 kerana beliau tahu saat yang sesuai untuk masuk dan keluar di dalam perlawanan yang berlaku.

Rata-rata skor kematian adalah bawah daripada lima dan mata pembunuhan paling tinggi menggunakan Beatrix dan Brody sebanyak lapan mata.

PEMAHAMAN POTENSI HERO

Jika kita memahami bagaimana cara hero MLBB itu berfungsi, ianya sangat membantu di dalam segi penggunaan skill dan cara untuk bermain hero itu secara kompetitif. Momo berjaya menguasai hero popol & kupa, Beatrix dan juga Brody di Kejohanan Dunia M3. Ketiga-tiga hero ini membantu Todak di dalam perlawanan menentang pasukan Navi dan juga SeeYouSoon. 

Sebagai pemain yang versatil, Momo juga menggunakan Gloo, Esmeralda, Yu Zhong dan Lapu-Lapu yang mana keempat-empat hero ini mempunyai kadar survival yang tinggi di EXP Lane dan boleh membantu dalam teamfight pada bila-bila masa. Namun, rekod K/D/A dan MVP bagi Momo masih berpihak kepada penggunaan marksman

PERHATIKAN “TIMING” YANG TEPAT

Elemen ini sangat membantu anda untuk menjadi pemain yang lebih baik. Pengiraan cooldown skill pihak lawan pasti memberikan kita kelebihan untuk merancang strategi bagi menumbangkan pihak lawan. Elemen ini ada pada Momo, beliau bijak dalam mengira timing skill hero pihak lawan untuk memastikan beliau mempunyai kelebihan dalam mengejar objektif. Perkara ini juga terpakai di dalam bab pengiraan Turtle dan Lord respawn timer.

Sebagai contoh, penggunaan Beatrix dalam perlawanan ke atas Navi mencatatkan sebanyak 9,584 damage iaitu 91.99% dari keseluruhan serangan ke atas building.

MENGETAHUI KEBERADAAN MUSUH

Momo menguasai kemahiran ini dengan selalu melihat di peta untuk mengetahui dimanakah musuh berada. Kemahiran ini perlu untuk mengelak dari terkena ganking dari pihak lawan. Anda juga boleh melakukannya dengan menggerakkan skrin anda ke Turtle, Lord atau creeps. Jika pihak musuh sedang farming, anda akan melihat attack animation dari skrin yang anda gerakkan.

Ini terbukti apabila Momo hanya mati beberapa kali dan kemahirannya menggunakan Beatrix dan Brody dengan tiada kematian ketika melawan EVOS SG dan Navi.

Elemen-elemen di atas menjadikan Momo antara pemain terbaik macro di Land of Dawn, Adakah Momo akan meneruskan prestasi yang begitu mantap sekali di musim kesembilan ini? Kita bakal saksikan.

Read More

MOBILE

Take-Two Interactive memperoleh Zynga untuk RM50.8 Billion

Take-Two Interactive, syarikat yang memiliki Rockstar dan 2K kini mengumumkan pembelian mengeluar permainan video mudah alih Zynga sebanyak $AS 12.7 billion atau RM50.8 billion.

Pemilikan ini terus menjadi pemilikan yang paling besar dalam sejarah sejak Tencent membeli Supercell yang hanya sebanyak $AS 8.6 billion atau RM34.4 billion.

Pengumuman ini dibuat oleh kedua-dua syarikat dengan membuat pembelian ke atas saham Zynga.

“Kami berbangga untuk mengumumkan bahawa Zynga kini akan mengembangkan lagi perniagaan dan seterusnya memantapkan lagi posisi dalam industri permainan video,”

Zynga yang menjadi salah satu pengeluar permainan video yang terbesar dalam dunia dengan Farmville, Words With Friends dan Harry Potter: Puzzles and Spells.

Mereka juga sedang membuat Star Wars Hunter untuk versi Nintendo Switch nanti.

Adakah ini bermakna Grand Theft Auto versi mudah alih akan diwujudkan nanti?

Read More

MOBILE

Demi Snorlax dan Togetic dalam Pokemon GO, dua anggota polis dipecat

Dua pegawai polis dari Los Angeles baru-baru ini dipecat kerana tidak mengendahkan telefon berkenaan aduan rompakan dan sebaliknya bermain Pokemon GO.

Kejadian ini sebenarnya berlaku pada tahun 2017 tetapi keputusan mahkamah baru sahaja dibuat.

Mahkamah California menyatakan pemecatan kedua-dua polis disebab kedua-dua polis itu tidak mengendahkan panggilan telefon rompakan.

Apa yang lebih menarik mereka tidak mengendahkan panggilan itu dan sedang sibuk menangkap Snorlax di Pokemon GO.

Mereka sebenarnya bermain Pokemon Go selama 20 minit sebelum membuat membuat panggilan untuk bantuan.

Dari membuat rondaan di sekitar kawasan kejiranan, mereka sebenarnya merondansambil menangkap pelbagai jenis Pokemon.

Malah dalam rakaman di dalam kereta polis itu dua Pokemon yang dikira sangat jarang ditemui ketika itu dalam Pokemon GO adalah Snorlax dan Togetic.

Kedua-dua bekas pegawai polis itu disabitkan oleh mahkamah dengan bermain Pokemon Go ketika rondaan kerja dan membuat kenyataan palsu ketika siasatan.

Tuduhan bersalah diberikan oleh pihak Mahkamah California.

Rujukan: ComicBook

Read More

MOBILE

Saya yakin Blacklist International tetap menjadi pasukan terkuat walaupun tiada V33 dan Wise – Bon Chan

Pasukan Blacklist International adalah pasukan yang paling kuat di Mobile Legends ketika ini. Mereka mendominasi Kejohanan Dunia M3 dengan corak permainan yang begitu sukar untuk ditewaskan musuh.

Meskipun mereka gagal untuk menjadi juara Kejohanan Jemputan Liga Profesional Mobile Legends (MPLI) selepas tewas di tangan ONIC ID, mereka berjaya bangkit semula untuk menewaskan ONIC ID di M3.

Menurut OhMyV33nus, pasukan mereka tidak pernah tewas terhadap lawan yang sama sebanyak dua kali di saat ini.

https://www.instagram.com/p/CYguoidv6hq/

Selepas pengumuman duo terhebat V33 dan Wise tidak akan bermain untuk musim ke-9. Bon Chan di dalam temubual bersama ONE Esports menyatakan beliau yakin pasukan Blacklist akan tetap menjadi yang terkuat.

“Itu semua bergantung kepada pemain baru, adakah mereka cepat mengadaptasi dengan gaya permainan kami atau tidak. Jika mereka cepat belajar, kami mampu mempertahankan gelaran (MPL) itu,” katanya kepada ONE Esports.

“Dex Star dan saya tidak pernah salah dalam memilih pemain. MPL PH musim ke-9 akan menjadi musim yang menarik,” ujar beliau.

Siapakah yang bakal menjadi pengganti OhMyV33nus dan Wise di MPL PH musim ke-9? Kita bakal saksikan.

Sumber: ONE Esports

Read More

MOBILE

Zeys mengacah pemain baru EVOS Legends pernah mengikuti Kejohanan Dunia MLBB sebanyak 3 kali

EVOS Legends pernah menjadi pasukan yang memegang gelaran juara M1 satu ketika dahulu.

Mereka juga bergelar juara MPL ID musim ketujuh selepas prestasi yang baik ditonjolkan oleh Ferxiic, seorang bocah ajaib yang menggantikan posisi Wannn ketika itu.

Namun begitu, EVOS Legends mula menunjukkan kemerosotan pada prestasi mereka selepas gagal mendapatkan slot ke Kejohanan Dunia M3. 

Perubahan harus dilakukan dan jurulatih Zeys mula mengacah tentang pemain baru yang bakal sertai EVOS Legends.

@zans1996 Catat pemain baru evos legends pernah ikut M series tiga kali @gustianrekt_ @wannn0077 @evos.luch @z3zeys #fyp #rekt #wannn #deankt #mobilelegends ♬ suara asli – Zans

Menurutnya dalam sebuah perkongsian video aplikasi Tiktok, Zeys menyatakan pemain baru itu pernah mengikuti Kejohanan Dunia Mobile Legends sebanyak 3 kali.

Jika pemain itu berasal dari Indonesia, maka Vynnn dan juga Xinnn menjadi sebutan. 

Adakah kita akan melihat pemain dari negara luar bakal mengisi slot di dalam pasukan EVOS Legends nanti? Kita bakal saksikan.

Read More

MOBILE

Pencipta ‘hack’ PUBG Mobile didenda AS$10 juta, mahkamah arah mendedahkan kaedah mencipta aplikasi penipuan

Permainan dalam talian sering dibelenggu masalah ini: penipuan atau lebih dikenali sebagai ‘cheat’ dan PUBG Mobile tidak terkecuali. Walaupun pembangunnya, Krafton, sudah melakukan pelbagai usaha seperti menggantung pemain yang menggunakan kaedah terkutuk ini, isu ini masih berleluasa.

Malah, Krafton mengambil langkah untuk menutup akaun-akaun media sosial yang menjual aplikasi penipuan ini.

Mereka juga mengambil langkah drastik dan membawa isu ini ke pihak mahkamah. Mujurnya, mereka berjaya memenangi kes itu dan pembangun aplikasi penipuan itu didenda sebanyak AS$10 juta (RM42 juta) yang perlu dibayar ke Tencent dan Krafton. 

Pembangun ‘hack’ itu juga diarahkan untuk menghentikan sebarang aktiviti lanjut mengenai pembangunan penipuan dan mendedahkan segala butiran tentang sebarang eksploitasi yang mereka gunakan untuk membolehkan pembangunan aplikasi penipuan dalam PUBG Mobile.

Melalui wang yang akan diterima ini, Tencent dan Krafton akan melaburkan wang ini kepada usaha pembangunan teknologi anti-penipuan. Antara teknologi baru hasil dua syarikat ini adalah ‘device ban’ yang menghalang peranti daripada log masuk atau mencipta akaun baru di PUBG Mobile.

Nampaknya usaha Tencent dan Krafton dalam menangani isu penipuan ini membuahkan hasil.

Sumber rujukan: Dotesports

Read More

Showing 97 - 108 of 149 Results