Nexus Mods kini tidak lagi membenarkan mods dibuang

By Mike Hayate | July 6, 2021

Laman sesawang mod terbesar Nexus Mods kini ingin memberi kemudahan untuk para gamers di luar sana memuat turun dan memasang mod ke dalam permainan video yang mereka main.

Nexus mod yang terkenal dengan pilihan mod Skyrim, Monster Hunter World, Fallout, The Witcher dan pelbagai lagi permainan video.

Sebanyak 1335 permainan video yang mempunyai komuniti mod sendiri yang akan sentiasa memberi nafas baru untuk permainan video anda.

Ia juga akan memperkenalkan sistem Collections baharu yang akan memudahkan orang untuk muat turun mods yang terdapat di arkib.

Nexus Mod inginkan kemudahan untuk semua orang di dalam dunia modding permainan video.

“Kami mahu semua orang berasa seronok dengan hobi yang mendekatkan semua pemain sejak penubuhan laman sesawang dan komuniti kami dari 20 tahun lepas.”

Muat turun dan memasang mod ke dalam permainan video yang anda main nampak susah dan menakutkan.

Tetapi Nexus mempunyai Vortex manager yang lebih menyenangkan semua pihak untuk menyusun dan menyimpan sendiri mod-mod yang telah dimuat naik.

Nexus masih belum mengumumkan lagi tarikh sistem Collections ini akan dilancarkan tetapi dijangka pada akhir tahun ini.