Ninja Kini Bekerjasama Dengan Adidas

By Hazril Md Nor | August 28, 2019

Penghibur dalam talian, Tyler “Ninja” Blevins yang terkenal dengan penstriman Fortnite kini umum kerjasama beliau dengan syarikat pakaian sukan, Adidas.

Ninja yang kini strim secara eksklusif di platform Microsoft, Mixer ingin menampilkan sesuatu yang baru dalam industri dengan menggabungkan fesyen dan juga permainan video. Walaupun tiada produk yang diumumkan, Ninja memuat naik video mengenai kolaborasi itu di akaun Twitter miliknya.

Setakat ini, masih belum pasti apa jenis kerjasama akan dijalinkan. Bagaimanapun, melihat kepada latar belakang Adidas yang mempromosikan pakaian sukan, mungkin Ninja akan mempromosikan pakaian sukan baru sama ada jersi, kasut dan lain-lain. 

Ini juga antara satu langkah yang baik bagi Ninja untuk mengembangkan pengaruh positifnya dalam e-sukan selain menunjukkan pakaian sukan tidak terhad kepada sukan konvensional tapi juga kepada e-sukan.

Sumber rujukan: Twitter

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.