Nintendo pertimbangkan sambungan siri Nintendo Classic Mini

By Mike Hayate | July 2, 2021

Shuntaro Furukawan President Nintendo baru-baru ini telah memberitahu terdapat beberapa pemegang saham yang ingin meneruskan siri Nintendo Classic Mini.

Nintendo mahu legasi ini bersambung untuk menarik balik minat ibubapa yang telah lama tidak bermain permainan video untuk bermain permainan video dari Nintendo semula.

“Kami sudah lama mahukan produk Nintendo dimainkan oleh semua lingkungan umur dari kanak-kanak ke orang dewasa. Setelah lama berada di dalam industri permainan video, kami percaya generasi yang pelbagai ini akan bermain permainan video dari Nintendo semula,” ujar Shuntaro Furukawa ketika sesi soal jawab di General Meeting of Shareholders.

“Kami juga berkemungkinan akan mengembalikan semula beberapa permainan klasik dari siri NES dan siri Super NES Classic Mini.”

Nintendo pernah mengeluarkan semula NES Classic Edition yang dikeluarkan pada November 2016 5 tahun lepas. Pengeluaran ini mendapat sambutan besar dari ramai peminat apabila produk ini telah habis dan diberhentikan pengeluaran pada April 2017.

Dan disebabkan permintaan yang tinggi konsol ini kembali pada June 2018.

NES Mini ini disertai dengan 30 permainan untuk era NES seperti trilogi Super Mario Bros, Zelda dan Zelda II, Metroid, Kirby’s Adventure dan Final Fantasy.

Nantikan lagi pengumuman untuk permainan konsol klasik dari Nintendo ini untuk masa hadapan.

Rujukan: VideoGamesChronicles