Nova Esports merombak pasukan Wild Rift

By Taib Mohamed | October 1, 2021

Selepas tewas di Wild Rift Origin Series 2021: Championship, sebuah organisasi dari Hong Kong, Nova Esports membuat keputusan untuk merombak pasukan Wild Rift mereka. 

Keputusan ini juga dilakukan selepas beberapa ahli pasukan mereka membuat keputusan untuk meninggalkan Nova Esports bagi menyertai pasukan lain, antaranya Kirill ‘Hydro’ Sitnikov dan Nedelcu ‘Vex’ Cezar sertai Natus Vincere atau NAVI, dan Dmitrii ‘GrizzlyQ’ Svistov sertai Unicorns of Love.

Manakala dua ahli veteran mereka Miguel ‘Clemares’ Lopez dan Vladyslav ‘Poseidon’ Maksymchuk kekal sebagai roster utama pasukan.

Berikut ialah barisan baharu roster Wild Rift bagi Nova Esports:

  • Miguel ‘Clemares’ Lopez
  • Vladyslav ‘Poseidon’ Maksymchuk
  • Maximilian ‘Tyruzz’ John
  • Kaguzen
  • Jasch
  • Lukipop
  • Troll (Simpanan)
  • Arthur ‘SKasH’ Ermolaev (jurulatih)

Pasukan Wild Rift Nova Esports mula menyertai kejohanan Wild Rift pada November 2020 dan memenangi beberapa kejohanan seperti The Purge Wild Rift EU Series 3 dan 4. Mereka kemudiannya mendapat tempat kedua di Wild Rift Origin Series 2021.

Sumber: AFK Gaming.