OhMyV33nus bersuara, lega Kelra dikenakan tindakan

By Hazril Md Nor | August 19, 2021

Pemain Blacklist International, Johnmar Villaluna atau OhMyV33nus menghadapi diskriminasi dan kata-kata berbaur homofobia daripada seorang pemain OMEGA Esports iaitu Duane “Kelra” Pillas yang sudah dikenakan ban selama dua minggu dari bertanding dalam Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Filipina musim kelapan.

Blacklist International kemudian memuat naik satu status dengan menyuarakan sokongan ke atas pemain-pemain mereka. 

“Apa yang terjadi sangat mengecewakan tapi kami faham ia lebih daripada itu. Perkataan bukan hanya perkataan semata-mata. Ia mengesankan.

“Perkataan ini akan mengesankan pemain tidak kira orientasi seksual atau pemilihan jantina. Kita perlu elakkan kelakuan dan perbuatan yang boleh mencetuskan suasana tidak selesa kepada sesiapa saja,” tulis mereka.

I think it’s about time to speak up regarding with the on-going issue. To start, I wanted to say thank you to all of…

Posted by Ohmyv33nus on Tuesday, 17 August 2021

Sementara itu, Johnmar dalam satu kenyataan berasingan meluahkan rasa kecewa terhadap apa yang berlaku dan menganggap tindakan ini menjadi pengajaran kepada orang ramai untuk lebih berhati-hati dalam berkata-kata.

Tindakan Moonton yang mengenakan ban selama dua minggu ke atas Kelra kerana isu homofobia dan gangguan seksual ke atas Ramella menunjukkan mereka tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar peraturan dan mengganggu kesejahteraan pemain.

Foto: Philippine Star