Ondeh-Ondeh, langkah kedua Metronomik selepas No Straight Roads, seni dan budaya Malaysia dimasukkan

By Taib Mohamed | November 9, 2021

Selepas kejayaan mempamerkan budaya Malaysia di dalam permainan debut No Straight Roads, Metronomik kali ini mengumumkan permainan baharu mereka yang turut berasaskan audio, Ondeh-Ondeh.

Tetapi sedikit berbeza berbanding dunia psychedelic No Straight Roads, dunia Ondeh-Ondeh lebih berlatarkan dunia penuh fantasi dan aneh di samping masih mempamerkan persona milik Metronomik.

Daim Dzainuddin, Pengarah Kreatif berkata, dengan No Straight Roads, pasukan mereka tampil dengan persembahan yang bombastik. Kali ini, melalui Ondeh-Ondeh mereka  mengeluarkan elemen letupan daripada permainan sebelum ini dan membawakan elemen yang lebih unik buat para peminat dan pemain. 

Seperti permainan sebelum ini. Metronomik akan membawakan pengembaraan yang manis buat peminat dengan menampilkan kisah yang mempunyai jalinan yang cukup cantik bersama pengembaraan, seni dan budaya Malaysia.

Daripada permainan yang diperlihatkan melalui iklan acah awal, Ondeh-Ondeh kelihatan seperti permainan pengembaraan yang mengingatkan kepada permainan eksklusif PlayStation, Tearaway. 

Apa-apa pun kita sama-sama nantikan perkembangan terbaru Ondeh-Ondeh kelak. 

Artikel ini diterjemah dan disunting daripada IGN SEA