Overkill Software Mengumumkan The Walking Dead, Permainan Video Terbaru Bertemakan Zombi

By Hazril Md Nor | December 11, 2017

Masih ingat siri popular di televisyen The Walking Dead? Bagi peminat rancangan itu, permainan video dengan tajuk Overkill’s The Walking Dead akhirnya akan hadir di PlayStation 4, Xbox One dan PC pada musim luruh 2018.

Dalam permainan video penembakan tunggal (first-person) itu, korang akan team up dengan tiga lagi rakan lain dalam co-op untuk mengharungi dunia Zombi di Washington DC yang sebenarnya dicipta mengikut novel grafik Robert Kirkman. 

Agak sama dengan Dead Island, setiap pemain mempunyai kepakaran berbeza untuk terus bekerjasama dan survive dalam dunia penuh dengan zombi. Korang juga dibekalkan senjata jarak jauh seperti senapang dan juga pisau atau pedang.

Lihat trailer videonya di bawah. Bagi korang yang mungkin tak tahu, pembangun permainan ini, Overkill Software dikenali dengan permainan video PayDay. 

Nampaknya permainan video bertemakan zombi akan menjadi satu trend pada tahun depan. Bolehlah korang move on daripada Left 4 Dead untuk memfokuskan kepada permainan ini pula!