Overwatch mengumumkan fungsi bermain rentas platform

By Mike Hayate | June 10, 2021

Fungsi bermain rentas platform (crossplay) untuk Overwatch akan hadir tak lama lagi. Pemain kini boleh bermain bersama-sama walaupun menggunakan platform yang berbeza. Tidak kira PS4, PC mahupun Xbox semua pemain Overwatch kini boleh bermain bersama-sama.

Namun fungsi ini masih dalam beta dan memerlukan beberapa pelaksanaan baru. Anda boleh saksikan Developer Update untuk pengumuman ini di bawah:

Bagi menyambut pelancaran ini, setiap pemain yang log masuk Overwatch sebelum akhir tahun ini akan medapat Golden Loot Box sebagai hadiah.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang Overwatch.