P.T. (Silent Hills) Kembali Tapi Ia Berbentuk Fan-Made

By Hazril Md Nor | January 7, 2019

Ramai yang menyukai P.T malah ada peminat mengaitkan Resident Evil 7 dengannya. Demo sebelum RE7, berjudul Kitchen turut  dikaitkan dengan permainan video ini.

Kali ini, permainan itu yang pada mulanya adalah teaser kepada Silent Hills kini dihidupkan kembali selepas dihentikan pembangunannya.

Dibangunkan oleh peminat P.T yang asal iaitu RadiusGordello di itch.io, Unreal PT dah dibangunkan sejak April tahun lepas. Ia menyokong penggunaan tetikus dan papan kekunci serta PS4, Xbox One dan teknologi VR. Unreal PT hampir sama, dengan teaser yang asal dan mempunyai pengakhiran sangat berlainan. 

Silent Hills adalah sekuel kepada francais Silent Hill, hasil kolaborasi antara Hideo Kojima dan Guillermo del Toro. Ia juga membintangi Norman Reedus (The Walking Dead). Ia tak lagi memfokuskan pada third-person dan mekanisme survival horror tapi sebaliknya kepada first-person dan pengalaman puzzle. Silent Hills bagaimanapun dibatalkan dan P.T dibuang dari PlayStation Store walaupun mendapat reaksi positif dari peminat.

Sejak itu, ramai lah pembangun yang cuba menghidupkan kembali permainan itu. Kalau korang nak bermain Unreal PT, boleh download permainan itu di PC.

Ini adalah spesifikasi minimum untuk PC korang:

CPU: i3-7100U 7th Generation dengan Intel HD 620

GPU: Integrated

RAM: 8GB DDR4

Sumber: Gamespot