Panasonic Dan Media Prima Memeriahkan Suasana Berbuka Puasa Di Madrasah Tahfiz

By Editorial team | May 16, 2019

Panasonic dengan berbesar hati telah menyampaikan sumbangan perkakas elektrik untuk anak-anak Tahfiz Madrasah Al Yamani Cawangan Gombak dan juga mengadakan majlis berbuka puasa Bersama-sama warga madrasah.

Penyampaian sumbangan itu bersempena program Jom Raya dan Jom Kejar Bersama Panasonic yang mendapat kerjasama Media Prima Berhad (MPB).

Pihak Panasonic juga bekerjasama dalam menerbitkan Program “Jom Kejar Bersama Panasonic”. “Jom Kejar Bersama Panasonic” dengan taglinenya “CEPAT ,TEPAT DAPAT” adalah program TV terbitan Primeworks Studios Sdn Bhd dan akan ditayangkan di saluran TV3. Bakal bersiaran sebanyak 4 episod , program kuiz TV  yang menampilkan 8 kumpulan dengan 2 peserta dalam setiap kumpulan telah terpilih dalam sesi ujibakat  untuk bersaing antara satu sama lain dan bertanding melalui 3 peringkat .Peringkat Awal, Peringkat Separuh Akhir dan Peringkat Akhir. Antara Segmen yang bakal dipertandingkan diberi nama Sepantas Kilat dan Kejar Kejar.

Program ini di hoskan oleh 2 pengacara yang ceria Sherry Al-Hadad dan Azizul Ammar.

 

 Pemenang-pemenang untuk permainan ini bakal membawa pulang produk Panasonic bernilai lebih RM50,000 untuk pertunjukan keseluruhan dan hadiah utama yang bernilai RM30,000.

Ini adalah kempen integrasi dengan platform lain dari Media Prima Keluarga seperti: Hot.FM, Donna, Hijab dan Heels, Harian Metro, Media Prima Digital, Oh Bulan dan Says Seismik kisah kempen Jom Raya dan integrasi menerusi pertunjukan Jom Kejar dengan cara yang lebih berkesan untuk Panasonic

JOM kita sama sama saksikan “Jom Kejar Bersama Panasonic”, bermula 16 Mei, setiap Khamis  jam 6:30 petang hanya di TV3!

Bersama-sama kita ingin berkongsi dan menyebarkan kegembiraan dan kebahagiaan semasa musim perayaan suci ini.