Pandang pertama Arcane – penuh aksi, penceritaan baik dan watak yang menarik

By Mike Hayate | November 10, 2021

Pada mulanya jangkaan penulis adalah sangat rendah sebelum bermula tayangan Arcane. Ini kerana ramai tahu adaptasi permainan video ke animasi atau layar perak jarang sekali berjaya.

Tetapi Arcane membuktikan adaptasi bagus masih wujud dan patut diteruskan.

Sejauh mana anda akan lakukan untuk melindungi keluarga anda? Namun, penceritaan keluarga boleh menjadi lebih kompleks.

Ada orang berlawan untuk diri sendiri, ada yang sanggup mati untuk keluarga sendiri.

Riot Games kali ini membawa siri animasinya ke Netflix digelar Arcane.

Arcane bermula di dunia fiksyen Runeterra dan menceritakan dua kawasan Piltover dan Zaun.

Dua bandar berkembar ini mempunyai dua budaya, kepelbagaian dan berbeza peluang dari yang lain. Di Piltover dipenuhi kekayaan, kemewahan dan penuh dengan kemegahan.

Manakala di Zaun penuh dengan sisa toksik, jenayah dan dimana-mana mempunyai bahaya. Walaupun kedua-dua bandar ini bertentangan tetapi mereka memerlukan satu sama lain.

KISAH KAKAK DAN ADIK

Arcane membawa Violet (Vi) dan Powder (Jinx) dua adik beradik yang membesar di bandar Piltover. Kisah bermula dengan adik beradik ini bersama adik beradik yang lain pergi ke sebuah apartment di dalam bandar.

Di dalam rumah itu mereka terjumpa sesuatu yang bakal mengubah segalanya dalam kehidupan mereka.

Penceritaan

Arcane berjaya membawa penceritaan yang sangat menakjubkan dalam membina plot. Penuh dengan aksi dan kamera yang menakjubkan yang sangat tegang dan cemas ketika pengakhiran setiap episod.

Penulis sentiasa berasa tidak senang dan sangat kajum dengan pembawaan Arcane berserta sinematografi yang ditunjukkan.

Cerita ini sentiasa membuat anda terfikir apa yang jadi seterusnya?

Apa yang akan berlaku kepada Vi dan Powder nanti?

Malah, lebih menyeronokkkan anda dapat melihat karakter seperti Jayce dan Viktor yang menjadi kawan rapat tetapi Viktor bakal berubah menjadi sesuatu yang buruk.

Viktor adalah champion yang dikenali sebagai champion jahat di dalam League of Legends tetapi Arcane bakal menceritakan titik penukaran Viktor ke arah yang lain.

Silco yang menjadi antagonis juga sangat baik dalam wataknya terutama dengan apa yang bakal dibuatnya nanti di dalam Arcane.

Malah penceritaan politik di dalam Arcane juga sangat baik.

Perbezaan kelas di antara Piltover dan Zaun ditunjukkan dengan penuh hati-hati dan menunjukkan kedua-dua tempat ini memerlukan satu sama lain walaupun terdapat perbezaan kasta dan tahap pemikiran.

Adakah Riot Games boleh digelar sebagai salah satu studio animasi?

Projek kerjasama di antara Riot Games dan Fortiche ini menghasilkan sesuatu yang tidak disangka dengan musik dan video yang dikeluarkan. Tetapi untuk Arcane jangkaan yang diberikan sangat di luar sangkaan.

Boleh dikatakan Riot Games memang berjaya. Animasi Arcane sangat unik dengan gaya tersendiri dan membuatkan cerita ini sangat cantik untuk dilihat.

Ketika berlawan juga animasi cantik yang penuh kompleks dan emosi dapat ditampilkan dengan jayanya.

Apabila anda melihat Piltover anda akan berasa penuh kagum dan apabila anda melihat Zaun anda akan rasa penuh dengan kesusahan.

Netflix reveals first look at League of Legends: Arcane series

Arcane adalah animasi yang penuh dengan cita-cita tinggi walaupun hanya keluar tiga episod pertama.

Netflix Reveals League of Legends Animated Show Arcane

Tidak malu untuk penulis mengatakan Riot Games mampu untuk menjadi studio animasi yang hebat suatu hari nanti.

Muzik di dalam Arcane iaitu Enemy dari Imagine Dragons & JID juga bagus untuk pembukaan Arcane setiap kali.

Malah lagu-lagu latar seperti Playground yang membawa suasana Zaun juga diperdengarkan.

Terakhir sekali lagu Goodbye dari Ramsey yang menghantui dan juga indah pada satu masa yang sama.

Arcane tidak lari dari kekurangan

Hanya ada beberapa kekurangan dan perkara ini boleh diubah untuk masa hadapan nanti.

Arcane pada suatu masa mereka terlalu mencuba untuk tidak mengasingkan peminat baru dan cuba untuk tidak memberitahu apa yang berlaku.

Perkara ini berlalu apabila terdapat beberapa easter eggs yang hanya peminat League of Legends atau peminat yang mengetahui cerita Legue of Legends sahaja yang tahu.

Hal ini membuatkan tidak semua orang dapat memahami konteks yang ditunjukkan oleh Arcane melainkan peminat lama.

Tidak dilupakan juga penceritaan kadang-kadang menjadi terlalu mudah untuk diramalkan dari segi penceritaan karakter dan apa yang akan mereka buat.

Kesimpulan

Kita masih perlu menunggu untuk episod seterusnya nanti pada 14 November ini. Tiga episod pertama ini datang dengan penuh jangkaan tinggi.

Episod 1 & 3 banyak membuka pelbagai pertanyaan. Episod 2 pula sedikit perlahan tetapi sesuai untuk langkah penceritaan.

Jangan lupa tonton Arcane di Netflix dan untuk Fasa 2, 14 November ini.