Pasukan Dignitas kata “mobile gaming is not gaming”, teruk kena kecam

By Mike Hayate | July 5, 2022

Kebencian kepada permainan video mudah alih bukanlah satu perkara yang baharu.

Sifat tidak suka ini bermula lebih lama dari apa yang anda rasakan.

Malah, beberapa individu sebelum ini juga pernah memperlekehkan permainan video mudah alih contohnya Dr. Disrespect.

Kinim pasukan Dignitas pula yang membuat satu kenyataan yang sedikit hina untuk permainan video mudah alih.

Dignitas membuat satu meme mengenai pemain di platform ini.

Meme badut ini pula mengatakan sesiapa yang cakap pemain permainan video mudah alih bukan ‘gamers‘ adalah badut.

Ciapan ini dilihat oleh iFerg yang juga seorang pemain profesional dan Youtuber serta pemilik Tribe Gaming.

Dia dikenali ramai oleh orang ramai dengan COD Mobile dan Fortnite.

“Saya sudah memenangi lebih banyak pertandingan dalam lima tahun kebelakangan lebih dari apa yang Dignitas pernah menang. Apa yang anda capai selama sedekad hanyalah ‘ratio’ ini,” ujar Ferg di ciapan Twitter Dignitas.

Pasukan Dignitas ditubuhkan pada 9 September 2003 sebagai organisasi e-sukan yang mempunyai pelbagai jenis pasukan e-sukan di bawahnya.

Dignitas pernah menghabiskan lebih 35 pertandingan dan memenangi 18 pertandingan peringkat kebanggsaan dalam pelbagai jenis permainan video.