Pasukan-pasukan Kejohanan Dunia M2 diumumkan, Todak mewakili Malaysia

By Burhanudin Zamri | December 7, 2020

Pada minggu lepas, Moonton mengumumkan tarikh dan lokasi untuk Kejohanan Dunia Mobile Legends M2. Ia akan diadakan di Singapura bermula dari 18 hingga 24 Januari 2021. Kini mereka telah mengumumkan semua pasukan yang akan beraksi di kejohanan tersebut.

Secara keseluruhannya, terdapat 12 pasukan yang akan hadir dari 9 negara berbeza termasuk Brazil, Jepun, dan Rusia. Berikut adalah senarai pasukan-pasukan yang dijemput untuk menyertai M2:

  • Malaysia – TODAK
  • Singapura – RSG dan EVOS SG
  • Indonesia – RRQ dan ALTER EGO ESPORTS
  • Filipina – BREN ESPORTS dan OMEGA ESPORTS
  • Myanmar – BURMESE GHOULS
  • Kemboja – IMPUNITY KH
  • Brazil – DREAMMAX
  • Jepun – 10S GAMING FROST
  • Rusia – UNIQUE DEVU

Moonton menegaskan bahawa setiap pasukan perlu mengikuti segala peraturan pencegahan dan kawalan COVID-19 agar keselematan dan kesihatan semua individu yang terlibat dalam kejohanan ini dapat dijaga dengan baik. Setiap pasukan akan menerima buku panduan fizikal dan digital untuk membantu mereka bersiap sedia sebelum pergi ke Singapura.

Cabutan dalam talian untuk grouping kejohanan akan diumumkan secara langsung di platform digital pada 12 Disember ini. Perlawanan Peringkat Kumpulan 1 akan berlangsung dari 18 hingga 19 Januari 2021 dan perlawanan Peringkat Kumpulan 2 pula akan berlangsung pada 20 Januari 2021. Playoffs akan berlangsung dari 22 hingga 24 Januari 2021.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.