Pasukan pilihan yang akan menang Dota 2 The International 10 tahun ini

By Mike Hayate | October 8, 2021

Akhirnya selepas dua tahun menunggu, International 10 kini tiba.

18 pasukan bertanding untuk mendapatkan peluang untuk memenangi wang jumlah terkumpul paling besar dalam sejarah e-sukan iaitu $40 juga USD atau RM160 juta.

Pertandingan kali ini bermula pada 7-17 Oktober ini.

Disebabkan era pandemik ini, tiga pasukan ini berkemungkinan besar bakal menjulang Aegis of Champions untuk tahun ini.

1. OG

MidOne and Saksa complete OG's new Dota roster | ONE Esports

Juara bertahan yang sudah memenangi TI dua kali berturut-turut. Dulu dikenali sebagai underdog kini menjadi yang terbesar.

Permainan OG yang penuh dengan dominasi boleh dikatakan antara yang terbaik dalam sejarah e-sukan Dota 2.

Sedikit perubahan barisan dengan SumaiL dan Saksa mungkin perubahan kali ini masih membuat OG masih hebat.

Ceb walaupun sudah membuat pembedahan mata baru-baru ini juga dibenarkan bertanding.

Adakah OG dapat mempertahankan kemenangan mereka kali ini?

2. Evil Geniuses (EG)

May be an image of ‎5 people and ‎text that says "‎www.facebook.com/dioritegg facebook www /diori FLY SUPPORT5 RTZ CARRY ICEICEICE OFFLANE ABED MIDDLE CRIT SUPPORT4 EVIL GENIUSES ק KHETRDY fODIORITEGG 永远的宝贝‎"‎‎

EG tidak lain tidak bukan antara pasukan hebat dari Amerika Utara.

Abed juga dimasukkan bersama barisan pemain veteran Arteezy, Cr1t dan Fly sudah pasti menjadi menarik.

Iceiceice juga kini menyertai EG untuk membantu EG kali ini sebagai antara pemain paling dikenali oleh pemain Dota 2.

3. PSG.LGD

image credits: WePlay Holding

PSG.LGD mungkin tidak pernah berjaya memenangi TI lagi untuk masa ini. Mereka hanya berjaya mendapat tempat kedua untuk TI8 dan TI9.

Mungkin kali ketiga di TI bakal membawa kemenangan?

PSG.LGD kini dengan barisan pemain yang hebat seperti XinQ dan NothingToSay. Tidak lupa juga Faith_bian dan jurulatih veteran Xiao8.

Tahun ini PSG.LGD kini menjadi antara pilihan pemenang untuk memenangi TI10 kali ini.

4. Team Secret

This year's Team Secret is statistically the most dominant Dota 2 team of  all time | ONE Esports

Team Secret sudah menjadi legasi yang sentiasa berjaya memasuki TI. Tetapi mereka pula terkenal dengan ‘sumpahan’ susah untuk memenangi TI apabila hampir berjaya dulu.

Team Secret juga dikenali ramai apabila menjadi kuasa besar di pertandingan lain sebelum TI.

TI10 kali ini untuk Team Secret juga dengan tambahan MATUMBAMAN berkemungkinan dapat membantu Team Secret.

Puppey yang sudah memenangi TI pertama pada tahun 2011 dengan pasukan Na’Vi pasti cuba untuk mendapatkan kemenangan kedua bersama Team Secret.

Adakah empat pasukan besar ini yang akan memenangi The International 10 kali ini?

Atau pasukan underdog yang lain bakal membuat kejutan dan memenangi TI10 kali ini?