Pelajari tips bermain offlaner dari Suhaz hyhy

By Hazrul Md Nor | December 5, 2021

Setiap posisi pemain di dalam Mobile Legends amat penting untuk memperkuatkan lagi setiap pasukan.

Jika sebuah pasukan itu mempunyai keserasian yang tinggi serta mengetahui setiap peranan yang dipegang oleh mereka maka mereka akan menjadi sebuah pasukan yang kuat.

Suhaz Esports ada berkongsikan tips bagaimana ingin bermain offlaner dengan betul. Tips itu disampaikan oleh pemain mereka iaitu Hyhy.

https://www.instagram.com/p/CXFgVLXpkSA/

Menurut beliau, seorang offlaner itu memerlukan kesedaran terhadap peta (Map awareness) yang tinggi. Ini kerana mereka akan dapat mengelakkan diri dari dikepung dan ditumbangkan oleh musuh.

Setiap kali anda melakukan push atau farming, pastikan anda melihat peta itu untuk memastikan kebarangkalian musuh akan datang untuk melakukan serangan.

Selain itu, Hyhy juga memesan bahawa setiap offlaner perlu membuat keputusan yang betul. Jika keputusan yang dibuat itu salah maka ia akan memberikan kesan kepada pasukan kerana offlaner memainkan peranan penting di dalam pasukan.

Offlaner juga harus banyak berkomunikasi di dalam pasukan, mereka selalu membaca peta untuk memberitahu pasukan tentang apa langkah seterusnya yang harus dibuat dan adakah ianya berbaloi untuk pasukan mereka.

Akhir sekali, Hyhy menyatakan hero yang overpowered di dalam kemaskini terkini adalah Yu Zhong, Esmeralda dan Balmond. Ketiga-tiga hero ini sangat sesuai dimainkan sebagai offlaner.

Jika anda mengalami kesukaran untuk bermain sebagai offlaner, anda boleh mencuba tips yang diberikan oleh Hyhy ini. Selamat mencuba!