Pelakon Professor X, James McAvoy membakar CD The Elder Scrolls IV: Oblivion sebab ketagihan

By Mike Hayate | August 24, 2021

The Elder Scrolls IV: Oblivion walaupun tidak sepopular Skyrim tetapi masih mampu membuat James McAvoy, pelakon popular Hollywood ini terlalu ketagih untuk bermain permainan video.

Baru-baru ini, James McAvoy pelakon yang dikenali dari X-Men: First Class memberitahu Forbes mengenai pengalaman ketagihannya ini.

James McAvoy terlalu ketagih dengan Oblivion sehingga membuatkannya membakar CD itu.

Beliau juga bertindak untuk berhenti dari bermain permainan video selama hampir 10 tahun selepas kejadian itu.

McAvoy baru-baru ini bersama Daisey Ridley dan Willem Dafoe juga sudah menjadi antara watak di dalam permainan video aksi teka-teki iaitu 12 Minutes.

Semua ketagihan ini bermula apabila McAvoy adalah peminat permainan video pengembaraan.

Ketika ini beliau sedang membuat lakonan untuk Becoming Jane.

“Saya sepatutnya tidur pada pukul 10 malam dan bangun pada pukul 6 pagi setiap pagi,” ujar McAvoy.

“Dan tidak lupa juga banyak skrip untuk dihafal, namun saya tetap bermain Oblivion sehingga 4 pagi,”

Semua ini berakhir apabila McAvoy bermain terlalu lama sehingga beliau sedar hanya mempunyai masa 10 minit untuk bersiap ke set penggambaran filem.

McAvoy bertindak membakar CD-nya ke dalam ketuhar dan itu adalah hari terakhir dia bermain permainan video itu.