Pelancaran Splitgate ditunda ke Ogos akibat terlalu ramai pemain

By Mike Hayate | July 28, 2021

Splitgate adalah permainan video tembak-menembak percuma yang menggabungkan Halo dan juga Portal.

Beta terbuka sudah berlangsung untuk dua minggu dan sambutannya begitu memberansangkan.

Pelancaran yang sepatutnya dilancar pada 27 Julai ini terpaksa ditunda ke Ogos.

“Pasukan kami begitu teruja dengan penerimaan Splitgate dan juga sokongan Splitgate. Penambahan pemain yang begitu ramai ini memberi beberapa masalah kepada server kami dan menambah beberapa isu teknikal. Kami juga bekerja keras untuk menyelesaikan masalah ini secepat mungkin.” ujar Ian Proulx, CEO untuk 1047 Games.

1047 Games juga akan mendapat AS$10 juta dari firma Human Capital bagi membantu dalam kejuruteraan dan juga bantuan teknikal.

Splitgate akan keluar dan percuma untuk platform PlayStation 5, Xbox Series X/S, PlayStation 4, Xbox One, dan PC. Permainan ini juga akan menyokong fungsi rentas platform.

Sumber rujukan: GameInformer