Pelik tapi benar, teknologi Unreal Engine 5 ‘menakutkan’ para gamer

By Mike Hayate | November 25, 2021

 Teknologi permainan video semakin melonjak kehadapan iaitu ke arah foto realistik.

Apa yang lebih menakjubkan rupa realistik ini hanya dibuat menggunakan Unreal Engine 5.

Pada awal dahulu Forza Horizon 5 sudah menunjukkan kereta-kereta mereka yang tampak sangat realistik hasil Unreal Engine 5.

Untuk foto realistik satu post di Reddit dikongsikan dan menunjukkan satu karakter patung perempuan CGI yang dibuat hanya menggunakan Unreal Engine 5.

Ramai di Reddit berasa sangat kagum dan takut pada satu masa.

Ziva Dynamics menggunakan ZRT Face Trainer satu peranti yang membolehkan pencipta permainan video dan animasi untuk menggunakan ekspresi muka mereka kepada patung CGI yang sangat realistik dan dinamik.

Teknologi sebegini banyak memberi implikasi yang besar kepada industri permainan video nanti.