Pemain 100 Thieves, Steel dikeluarkan daripada barisan utama?

By Taib Mohamed | September 27, 2021

Menurut beberapa sumber laporan, 100 Thieves, sebuah organisasi e-sukan Amerika Utara dilaporkan telah mengeluarkan salah seorang roster mereka, Joshua “steel” Nissan, dan posisinya akan diganti oleh pemain simpanan, Aaron “b0i” Thao, menurut Upcomer.

Tindakan ini berikutan prestasi Steel yang agak lemah ketika VCT Masters Berlin yang berlangsung awal September lalu. Selain itu, Steel juga menyatakan dia “tidak boleh fokus dan berasa kosong” ketika kejohanan itu. 

“Sebagai in-game leader, tidak mampu memberi arahan adalah suatu yang buruk.” katanya lagi. 

Pada VCT Masters Berlin, 100 Thieves, memperoleh tempat keempat bagi keseluruhan kejohanan selepas tewas kepada Envy di pusingan separuh akhir.

Pasukan mereka akan mengambil bahagian di Last Chance Qualifier untuk zon Amerika Utara bagi melayakkan diri ke Champions 2021 Disember kelak. North Amerika VCT Last Chance Qualifier akan berlangsung pada 12 Oktober ini.

Sumber: Dot Esports, Upcomer