Pemain berjaya menewaskan semua bos Bloodborne bawah masa sejam

By syazwanbahri | December 10, 2021

Pemain yang pernah cuba mana-mana permainan dari pembangun From Software semestinya kenal betapa susahnya permainan mereka.

Antara permainan yang dihasilkan From Software adalah siri Dark Souls, Bloodborne dan Sekiro Shadows Die Twice, permainan-permainan ini cukup terkenal dengan tahap kesukaran yang tinggi. Malah, kesukaran permainan ini berjaya memuncusekilkan sebuah genre baru dalam industri permainan video iaitu genre permainan ‘Soulsborne’.

Namun, terdapat segolongan pemain yang cukup berbakat untuk menewaskan permainan ini dengan begitu pantas. Malah, ada yang mampu menghabiskan permainan tanpa disentuh oleh musuh. Ini sememangnya berbunyi gila tetapi ia benar.

Seorang pemain Bloodborne yang bernama Ahady berjaya menewaskan semua bos di Bloodborne bawah masa sejam, dan ini adalah rekod dunia terbaru dalam kategori “All Bosses Defeated“.

Speedrunning memerlukan pengetahuan tinggi tentang permainan itu seperti kebolehgerakan yang tepat, masa reaksi yang pantas serta kelajuan yang konsisten. Malah, faktor nasib juga memainkan peranan yang besar dalam sesebuah percubaan untuk memeperoleh masa yang terpantas dalam mana-mana speedrun.

 Jika anda ingin mengetahui permainan yang paling sukar untuk di speedrun, anda boleh membaca senarai permainan yang paling sukar untuk speedrun di sini.