Pemain CSGO pashaBiceps menang perlawanan MMA pertamanya, pihak lawan mengalami kecederaan mata yang serius

By syazwanbahri | February 8, 2022

Bekas pemain Virtus.pro, pashaBiceps, sememangnya terkenal dengan tubuhnya yang tegap semasa zaman dia bermain Counter Strike Global Offensive. Dia juga menunjukkan minatnya dalam menyertai perlawanan MMA dan baru- baru ini, dia sudahpun membuat kemunculan pertama di gelanggang MMA.

Perlawanan pertama pashaBiceps adalah menentang Michal ‘OwcaWK’ Owczarzak, seorang ahli bina badan profesional. Bekas pemain CSGO itu mampu menandingi seorang ahli bina badan dan menewaskan Owczarzak dalam dua pusingan.

Bukan sahaja pashaBiceps berbisa di CSGO, namun dia tetap berbisa di gelanggang.

Kecederaan Mata

Owczarzak mengesahkan bahawa akibat perlawanan itu, dia mengalami soket mata pecah dan masalah berkaitan retina.

Owczarzak seterusnya mendedahkan bahawa selepas menerima tumbukan terakhir di kepala, dia tidak dapat melihat selama beberapa saat. 

PashaBiceps juga menyatakan dia tidak suka kejadian itu dan sebenarnya tidak sangka kecederaan seteruk itu akan berlaku.

Sumber rujukan: AFK Gaming