Pemain Overwatch League Digugurkan Dari Kejohanan Kerana Salah Laku Seksual

By Hazril Md Nor | April 9, 2018

Bukan sekali dua ada cerita pasal player kena suspended dari menyertai tournament besar. Kali ini drama dari Overwatch pulak.

Dikatakan pemain profesional Overwatch League, Jonathan “DreamKazper” Sanchez digantung dari liga itu dan dari pasukannya, Boston Uprising kerana terbabit dengan tuduhan salah laku seksual ke atas budak perempuan bawah umur.

Mengikut pertuduhan itu, Sanchez, 21, berhubung dengan budak perempuan 14 tahun yang juga peminatnya. Terdapat beberapa screenshot di Twitter yang juga pengakuan budak perempuan itu mengatakan Sanchez mengambil kesempatan ke atasnya apabila hubungan mereka bertambah rapat.

Dia juga mengakui Sanchez menulis pesanan yang berbaur seksual kepadanya diikuti dengan gambar-gambar yang ditukar sesama mereka. Mengikut perkembangan situasi ini, kedua-dua pasukan Sanchez, Boston Uprising dan Overwatch League mengeluarkan kenyataan yang mereka menggugurkan Sanchez serta merta sementara kes itu disiasat lebih lanjut.

Bagi siapa yang tak tahu, Sanchez yang dikenali dengan nama DreamKazper diiktiraf sebagai salah seorang pemain DPS terbaik di dunia dan di dalam League di Barat. Dia versatail dan boleh bermain pelbagai role dan hanya mendapat perhatian selepas menyertai League.

DreamKazper bukanlah individu pertama yang berada dalam kontroversi, bulan lepas, Felix “xQx” Lengyel digugurkan dari pasukannya, Dallas Fuel, kerana terbabit dalam beberapa kontroversi hangat.

Sumber: Comicbook