Pemain profesional CSGO ini menerima bungkusan ‘najis’ sebelum kejohanan

By syazwanbahri | November 22, 2021

Seorang pemain CSGO Sweden, Alfred ‘RuStY’ Karlsson mungkin menerima hantara peminat paling aneh yang pernah sesiapa lihat iaitu sebungkus beg yang penuh dengan ‘kotoran’.

RuStY adalah seorang pemain Team GamerLegion. Beliau baru-baru ini menyiarkan bungkusan penghantaran terbarunya melalui sebuah kicauan di Twitter.

“Saya mungkin baru sahaja mendapat beg najis/kotoran menjijikkan yang dihantar ke rumah saya. Terjemahan ‘Hello affe, harap anda boleh menikmati biskut yang indah ini dan jangan lupa untuk membeli kev (kevlar) di pusingan pistol seterusnya,'”

Sememangnya, jika melihat kandungan beg itu, ia mungkin hanya segumpal tanah atau sesuatu yang lebih kotor. RuStY tidak membuka pakej itu untuk meneliti kandungan dengan lebih rapat dan kami bersyukur kerana beliau tidak membuka bungkusan yang menjijikkan itu.

Ini bukan kali pertama seseorang yang terkenal menerima bungkusan hantaran yang sepelik ini. Penyanyi pop punk Avril Lavigne pernah mendedahkan dalam temu bual bahawa semasa dalam perjalanan ke Jepun, seorang peminat menghantarnya seekor arnab yang sudah mati.

Sumber rujukan: Twitter