Pemain VALORANT Malaysia, Muhammad Ridzuan Hazi layak ke Grand Final AOC Masters

By Hazril Md Nor | November 10, 2020

Pemain profesional VALORANT Malaysia, Muhammad Ridzuan Hazi atau 3nable layak ke peringkat Asia Tenggara bagi kejohanan AOC Masters selepas memenangi pusingan kelayakan Indonesia bersama pasukannya, Alter Ego.

Dalam satu posting di laman Instagram Alter Ego Esports, mengesahkan berita ini.

Ridzuan (bawah kanan) bersama ahli pasukan Alter Ego daripada Indonesia.

Beliau sebelum ini pernah menjadi pemain profesional CS:GO sebelum berpindah ke arena VALORANT tak lama dulu.

Ridzuan adalah satu-satunya pemain Malaysia bermain untuk pasukan ini. Semoga berjaya di peringkat Asia Tenggara!

Bagi pasukan Malaysia yang sudah menghabiskan kelayakan iaitu Todak dan Kingsmen akan menjadi wakil ke Grand Final ini.

Pada Disember ini, Grand Final serantau itu akan mengumpulkan hadiah terkumpul AS$40,000 (RM166,000).

Bagi info lanjut berkenaan kejohanan AOC Masters Tournament, anda boleh layari Facebook group AOC Gaming.

Ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.