Pembangun Splitgate mahu segarkan semula genre game yang sudah ‘basi’

By Taib Mohamed | September 15, 2021

Berikutan pembiayaan pusingan ketiga, pembangun Splitgate, 1047 Games berjaya mengumpul AS$100 juta, di mana mereka mahu membantu membawa visi jangka masa panjang studio itu menghidupkan kembali genre permainan yang sudah basi. 

Dalam satu sidang media, studio itu mengesahkan kebanyakan pusingan pembiayaan akan membantu mereka untuk mencapai visi untuk menjadikan Splitgate sebagai permainan menembak terbaik.

Menurut pembangun, dengan kewangan tambahan sedikit sebanyak akan membantu mereka dalam menghasilkan permainan klasik era baru. 1047 Games menyasarkan untuk menjadi pelopor di dalam genre yang “kini terhenti” dengan menambah “kaedah baru dalam genre yang dikenali di seluruh dunia.”

Bagaimanapun, CEO dan pengasas 1047, Ian Proulx mengesahkan buat masa terdekat, masa depan bagi mereka ialah memberi komitmen penuh kepada Splitgate. 

“Meneruskan kejayaan utama kami dengan Splitgate adalah fokus utama dalam masa terdekat – kami melakukan dengan skala yang pantas di dalam semua bidang di studio kami.”

Buat masa ini Splitgate kini tersedia secara percuma PlayStation, Xbox dan PC melalui Steam. 

Artikel ini diterjemah dan disunting daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI.