Pembikin DayZ bakal lancarkan Icarus, permainan survival Sci-Fi, Jumaat ini

By Taib Mohamed | December 1, 2021

Dean Hall, pembikin DayZ akan melancarkan Icarus, sebuah permainan survival sains fiksyen, Jumaat ini.

Icarus, dibangunkan oleh RocketWerkz, diumumkan di E3 2020, di mana Hall menyatakan permainan ini merupakan permainan survival planet makhluk asing di mana pemain akan diberikan misi untuk kumpul sumber dan perlu bertahan sehingga mereka berjaya diselamatkan. 

Icarus juga sebelum ini dijadualkan dilancarkan pada Ogos lalu, namun terpaksa ditangguh sehingga hujung November sebelum dilancarkan secara rasmi pada 4 November ini di Steam. 

Pada hari pelancarannya, pemain akan mendapat kandungan dalam permainan seperti, lebih 35 misi yang berdurasi satu hingga 21 hari, peta berukuran 64x64km, pelbagai senjata, 35 set perisai dan banyak lagi.

Bagi mereka yang berminat anda boleh dapatkan di Steam dengan harga RM51.00, Jika anda melakukan pra-pembelian sebelum 7 Disember anda akan diberikan diskaun sebanyak 10%.

Sumber: EuroGamer.