Peminat Dota 2 dari China membawa selonggok ‘teori konspirasi’ berkaitan kemenangan Team Spirit di TI10

By syazwanbahri | October 21, 2021

Juara The International 10 (TI10), Team Spirit, bukanlah sesuatu yang disangkakan oleh mana-mana peminat Dota 2 yang menonton TI10 tahun ini. Mereka adalah pasukan baru yang bersaing dengan pasukan-pasukan terbesar di dunia seperti Team Secret, OG, PSG.LGD dan lain-lain lagi.

Selepas PSG.LGD kalah menentang Team Spirit di pusingan akhir TI10, dunia menganggap pasukan PSG.LGD sebagai pasukan yang sering ‘tercekik’ pada saat-saat getir. Tetapi, peminat Dota 2 dari China tidak boleh menerima kemenangan Team Spirit dan menyatakan bahawa adanya skandal dalam perjalanan Team Spirit ke peringkat akhir.

Team Spirit adalah kebanggaan Dota 2 untuk peminat Rusia dan pemegang Aegis of the Champions tahun ini. Barisan pemain PSG.LGD pula mempunyai ramai veteran yang namanya digeruni dalam komuniti Dota 2.

Namun, ada sesetengah pihak yang menyatakan kemenangan Team Spirit pada TI10 adalah sesuatu yang dirancang oleh pihak atasan. Seperti yang dilihat di atas, sebuah rencana yang panjang berjela di Reddit mempunyai beberapa teori yang menyatakan terdapat sebuah ‘rancangan yang dijalankan lama sebelum TI10 bermula’.

Ini antara teori yang dialih bahasa dari Reddit:

  • Dalam perlawanan Virtus.Pro vs Team Spirit, gpk dengan mudah membuang perlawanan penentu. Beliau melihat rakannya tertewas dan masih menemui 3 musuh menggunakan Ghost Walk dan ditewaskan lalu buyback. Luna melakukan perkara yang hampir sama dan tertewas. Tonton POV gpk. Tiga ahli pasukan itu selebihnya akan diam. Virtus.Pro akan buyback setelah kematian Luna dan buyback Invoker. Team Spirit akhirnya akan kembali untuk memenangi perlawanan itu. 
  • PSG.LGD tidak ban Magnus di pusingan akhir, walaupun mereka melakukannya sepanjang TI10. Ia adalah hero khas Collapse dari Team Spirit.
  • Faith_bian membawa item neutral Tier 1 untuk keseluruhan perlawanan dalam perlawanan ke-2 dan perlawanan ke-5. 
  • Zai membawa Grove Bow pada hero jarak dekat sedangkan ada Nisha sebagai Lina.
  • Dikatakan juga bahawa ayah Yatoro adalah sebahagian dari Oligarki Rusia dengan hubungan yang kuat di Eropah Timur.
  • Hanya ada 7 Rampage dalam sejarah TI hingga TI9. TS Yatoro mengambil 3 Rampage dalam satu kejohanan.

Jikalau anda membaca pos Reddit itu, anda pasti akan mengetahui ia agak mengarut serta tidak mempunyai bukti yang kukuh. Mungkin ini golongan peminat yang susah nak terima kenyataan bahawa pemain profesional juga melakukan kesilapan.