Pencipta kandungan dan penyumbang tinggalkan World of Warships berikutan isu kotak tikam

By Taib Mohamed | August 19, 2021

Tindakan Wargaming, pembangun bagi permainan World of Warship, mengewangkan (monetize) kandungan mereka, mengakibatkan sebilangan pencipta kandungan dan pemain meninggalkan komuniti permainan itu.

Hal ini berlaku selepas pembangun melancarkan kapal perang USS Missouri dan menjadikan ia sebagai kandungan eksklusif kotak tikam permainan, walaupun pada asalnya ianya diiklankan boleh dibeli menggunakan matawang dalam permainan.

Little White Mouse, Paul “MightyJingles” Charlton dan streamer Flambass antara mereka yang meninggalkan komuniti itu. 

Berikutan isu ini, Wargaming keluarkan kenyataan di forum rasmi mereka “kami memahami mengenai beberapa punca yang menjadi sebab situasi ini dan kami sudah mengecewakan komuniti serta pemain,”

Pihak studio kini dalam mempertimbangkan kaedah alternatif untuk membeli USS Missouri dalam masa terdekat ini. 

Sumber: gamesindustry.biz