Pencipta PUBG Memuji Fortnite Mengembangkan Genre Battle Royale

By Hazril Md Nor | March 26, 2018

PUBG dan Fortnite bersaing sesama sendiri seperti Call of Duty dan Battlefield di arena penembakan tunggal. Tapi yang menjadi buah mulut gamers ialah kedua-dua game ini adalah terbesar dalam industri sekarang. 

Jika diperhatikan, Fortnite sekarang sedang mengambil alih tempat pertama dan PlayerUnknown’s Battlegrounds di tempat kedua. Sebelum ini PUBG begitu popular dalam arena Battle Royale sebelum Fortnite muncul.

Tapi itu tak menghalang pereka PUBG, Brendan Greene dari memberi pujian kepada pesaingnya ketika panel GDC berlangsung minggu lepas.

 

“Ada bagusnya arena battle royale sedang berkembang dan Fortnite sedang mendapatkan mod battle royale untuk lebih ramai orang,” kata Greene.

Ucapan itu sebenarnya bukan datang dari mulut Greene sendiri tapi pengunjung yang mengatakan Fortnite meniru konsep PUBG tapi akhirnya melangkau PUBG kerana ia percuma. Tapi bagi Greene, situasi ini hanya mengembangkan lagi genre itu seadanya.

Sebelum ini PUBG Corporation menyuarakan kerisauan apabila Epic Games mengambil keputusan untuk memasukkan mod Battle Royale ke dalam Fortnite kerana faktor kesamaan. Sejak itu, isu yang terjadi antara dua syarikat itu senyap dan tak lagi dibincangkan. 

Greene juga berkata, developers tak perlu bersaing sampai ‘mati’.

“Saya cuba menafikan persepsi yang mengatakan saya ingin game orang lain untuk ‘mati’,” kata Green yang dituduh ‘membunuh’ H1Z1. 

 

“Saya hanya gembira apabila leb