Pencipta Xbox kecam komen berbaur seksis terhadap wanita

By Taib Mohamed | December 23, 2021

Baru-baru ini pencipta Xbox, Seamus Blackley meluahkan rasa kecewanya selepas mengetahui, terdapat penstrim wanita yang menerima komen berbaur seksis dan lucah.

Sebelum itu, penstrim wanita yang dikenali sebagai Grenade Queen, berkongsikan sebuah klip pendek di Twitter, di mana dia menerima komen berbaur seksis dan lucah semasa bermain Halo Infinite. 

Seamus Blackley meluahkan kekecewaanya, “Ini bukanlah masa depan untuk @xbox live yang kami impikan. Sebagai komuniti dan dengan bantuan @Microsoft ini perlu dipantau dan dihentikan.”

Pada awal tahun ini, terdapat laporan daripada Lenovo dan Reach3 yang menyatakan 77% daripada 900 pemain wanita, menerima komen atau gangguan berbaur seksis di dalam talian.

Hal ini mengakibatkan majoriti daripada pemain wanita terpaksa menyembunyikan jantina mereka ketika bermain permainan dalam talian.

Sumber: ComicBook.