Pendapatan dan muat turun permainan mudah alih lebih tinggi dari konsol dan PC di Asia Tenggara

By Hazril Md Nor | September 23, 2020

Nampaknya peranti pintar terus menguasai pasaran Asia Tenggara pada tahun lalu berbanding PC dan konsol.

Dalam satu artikel oleh Aksiz yang memetik laporan Google, pengguna di rantau ini turut berkongsi minat untuk bermain permainan mudah alih bersama rakan-rakan. Data menunjukkan lebih 60% daripada mereka akan memilih untuk team up dari bermain solo.

Malah, permainan mudah alih turut melepasi rekod PC dan konsol dari segi angka muat turun dan jumlah pendapatan.

 

Semestinya ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan memandangkan Asia Tenggara adalah rantau yang mana pengguna mengutamakan peranti mudah alih. Permainan seperti Mobile Legends, Arena of Valor, Free Fire dan PUBG Mobile misalnya memberikan pengalaman permainan mudah alih yang sempurna kepada pemain.

Sumber rujukan: Aksiz

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.