Pengarah God of War Menerangkan Mengapa Game Single-Player Sangat Menyeronokkan

By Hazril Md Nor | March 26, 2018

Setiap hari kita boleh nampak peningkatan populariti untuk game multi-pemain. Perhatikan saja fenomena yang dicetuskan PlayerUnknown’s Battlegrounds, Fortnite dan Overwatch di konsol. Ada juga mengatakan AAA single-player game sekarang sedang dying

Tapi bagi God of War, game yang dibangunkan oleh Santa Monica Studio, ia bukan saja game single-player berstatus AAA tapi juga berkualiti tinggi dan mempunyai kempen pemasaran yang besar di belakangnya. Pengarah God of War, Cory Barlog berucap dalam satu temu bual bersama US Gamer dan menekankan mengapa single-player game sangat menyeronokkan.

“Saya tak sabar nak balik rumah. Saya akan ditempatkan dalam dunia yang lain. Filem fantasi dari zaman 80an masih menjadi inspirasi, seperti The Neverending Story. Orang hanya ketawa apabila saya menganggap itu sebagai inspirasi kerana ia filem budak-budak. 

“Tapi bagi saya, ia filem yang menyeronokkan! Legend, Labyrinth, Ladyhawk – mana-mana filem dari 80an yang mempunyai L pada namanya. Filem-filem ini memberi inspirasi kepada saya sampai sekarang,”

 

Satu inspirasi kepada Barlog dalam erti kata lainnya ialah: Single-player games membawa pemain ke dalam dunia yang lain. Walaupun game multi-pemain menawarkan nikmat yang sama, perasaannya masih berlainan.

God of War akan dilancarkan pada 20 April eksklusif untuk PlayStation 4 dengan harga bermula RM209 dan RM549 untuk Collector’s Edition.