Pengasas Bersama Blacklist International, Alodia menjadikan MLBB salah satu peluang terbaik

By Mike Hayate | December 11, 2021

Alodia Almira Arraiza Gosiengfiao atau dikenali sebagai Alodia Gosiengfiao adalah cosplayer Filipina dan juga selebriti yang sangat terkenal di rata benua.

Beliau juga adalah salah satu Pengasas Bersama Tier One Entertainment dan Blacklist International.

Blacklist International juga menyertai banyak pertandingan Mobile Legends dan kini menjadi salah satu pasukan yang digeruni untuk kejohanan dunia, M3.

Alodia sendiri sudah lama melihat potensi Mobile Legends terutamanya di Filipina.

Beliau memilih Mobile Legends kerana sudah lama melihat dan membuat analisis mengenai kebangkitan dan potensi Mobile Legends: Bang Bang.

“Kami sudah melihat bagaimana komuniti mereka meningkat dan kami melihat potensi,” katanya dalam satu temubual media.

Dengan barisan pemain seperti OhMyV33nus, Wise dan OHED, Blacklist International mendapat banyak kejayaan.

Alodía with Mobile Legends Alodía  Blacklist International

Blacklist International juga banyak memberi tanggapan baru dan besar untuk e-sukan mudah alih.

Alodia dan organisasinya bersyukur dengan usaha dan keputusan yang mereka dapat.

Rujukan: GamingOnPhone