Pengasas bersama YouTube juga tidak setuju pembuangan bilangan ‘dislike’

By Taib Mohamed | November 19, 2021

Langkah YouTube membuang bilangan ‘dislike’ daripada umum mencetuskan pendebatan daripada pelbagai pihak, sama ada mereka setuju ataupun sebaliknya. Bahkan, pihak dalam YouTube sendiri juga mempunyai blok mereka sendiri berikutan hal ini.

Jared Karim, pengasas bersama YouTube baru-baru ini menyatakan pandangannya mengenai langkah YouTube ini.

Di dalam deskripsi video pertama YouTube yang dimuatnaik Jawed hampir dua dekad lalu, Jawed mengubah deskripsi video itu dengan menyatakan bahawa dia tidak pernah bersetuju dengan langkah YouTube ini.

Jawed Karim menyatakan “Kita tahu hal ini kerana tiada seorang YouTuber pun merasakan pembuangan ‘dislike’ ini suatu idea yang baik – untuk YouTuber atau pencipta (kandungan),”

Dia juga menambah, “Kebolehan yang mudah dan pantas untuk mengenalpasti kandungan adalah ciri yang diperlukan di platform kandungan yang dihasilkan pengguna. Kenapa? Kerana bukan semua kandungan itu bagus,”

Sebelum ini pada 2013, Jawed pernah melakukan perkara yang sama semasa YouTube menyatakan pengguna perlu menggunakan akaun Google+ untuk meninggalkan komen di YouTube sebelum servis itu ditamatkan pada 2019. 

Sumber: Dexerto