“Pengganti Eone dah jumpa,” – Ashi

By Hazril Md Nor | February 4, 2021

Selepas kejohanan dunia Mobile Legends, M2 tamat, Muhd Rizwan Abdullah ataupun Eone mengumumkan akan bersara dan ingin memberi peluang kepada pemain muda mengambil alih posisinya dalam pasukan Todak MLBB.

Sejak itu, Todak mula mencari pengganti bagi penyertaan MPL Malaysia musim ketujuh dan kejohanan-kejohanan akan datang. 

Ketika ditanya perkembangan baru, pengurus Todak, Mohd Syazlan Mohd Rosdi (Ashi) berkata, mereka sudah di fasa akhir.

“Sekarang ini, Todak sudah ada pemain tank yang akan menggantikan Eone, cuma kami masih dalam perbincangan akhir sebelum boleh umum secara rasmi.

“Kami juga sudah lengkapkan roster 10 pemain dan akan umum juga,” katanya.

Ini adalah pasukan-pasukan layak ke MPL MY musim ketujuh diumumkan baru-baru ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.