Pengulas E-Sukan, Ikuto Radzi Berhasrat Untuk Ulas Pelbagai Judul E-Sukan, Bukan Hanya Mobile Legends

By Hazril Md Nor | January 18, 2020

Pengulas e-sukan tanah air, Radzi “Ikuto” Rahman kini tidak lagi bersama Moonton sebagai Pengurus Projek selepas setahun lebih memegang jawatan itu.

Tulisnya di Facebook, dia berterima kasih kepada pihak Moonton kerana menerimanya bekerja walaupun baru saja bergraduasi.

“Terima kasih kerana memberi peluang dan untuk semua memori,”

 

Fokus sepenuhnya pada e-sukan

Antara pengumuman pentingnya adalah memfokuskan sepenuhnya pada aspek lain dalam e-sukan seperti bidang penganalisa, hos, jurulatih, penstriman langsung dan pencipta kandungan selain menjadi pengulas (Ikuto dikenali dalam pengulasan Mobile Legends terutamanya MPL dan Kejohanan E-Sukan Kampus (KEK).)

Kali ini, dia berhasrat untuk memperluaskan lagi kemahiran ulasannya dalam permainan mudah alih seperti PlayerUnknown’s Battlegrounds Mobile (PUBM), Call of Duty Mobile (CODM), Call of Duty (COD), League of Legends: Wild Rift (akan datang), League of Legends (LOL) dan lain-lain.

Dia juga akan bekerjasama dengan seorang lagi pengulas e-sukan tersohor tanah air iaitu Adam Spartanker bagi menghasilkan video dan kandungan menarik.

Bagi penulis, pilihan Ikuto ini sangatlah bagus kerana dia mempunyai ton suara yang lantang dan bertenaga ketika mengulas. Sebenarnya agak sukar untuk mencari pengulas yang mempunyai bakat seperti itu sekarang. Jadi selepas ini kita bakal melihat Ikuto mengulas dalam kejohanan e-sukan lain pula!

Semoga berjaya!

(Foto: FB Ikuto Radzi)