Pening cara nak counter Aulus? Guna 3 hero ni

By Hazrul Md Nor | March 9, 2022

Aulus kini kembali menjadi hero kegemaran di MPL MY dan ID. Kekuatan hero ini sangat tinggi ketika ia mencapai level 12. 

Namun begitu, jika pasukan mula memasukkan Aulus di dalam draft, mereka harus memikirkan pelan untuk menjaga Aulus dengan sebaik mungkin sebelum ia dapat menggunakan potensi yang sepenuhnya ketika level 12.

Selain itu, Aulus juga akan terus fokus kepada farming dan kurang mengambil objektif sebaliknya hanya duduk di dalam jungle dan sedikit sebanyak melakukan rotasi. Tidak seperti hero Lancelot yang mampu menghancurkan musuh pada minit awal permainan.

Walaupun begitu, ketika Aulus sudah mencapai level 12, ia akan mengganas dan melibas siapa sahaja yang menjadi penghalangnya di dalam Land of Dawn. Pasti anda tertanya-tanya hero manakah yang akan dapat counter Aulus?

LYLIA

Hero mage ini sangat kuat meskipun di fasa minit awal permainan. Dia dapat counter Aulus dengan skill magic shockwave yang mampu memperlahankan pergerakan Aulus sebanyak 40% selama 1.5 saat.

Aulus bergantung dengan skill charge yang memberikan kelajuan kepada pergerakannya untuk mendekati musuh. Adanya Lylia di dalam pasukan anda pasti akan dapat menghentikan gerakan Aulus untuk menumbangkan anda dan pasukan anda.

YIN

Hero ini walaupun sukar untuk digunakan akan tetapi ia mampu counter Aulus di fasa awal dan pertengahan minit permainan.

Yin boleh menggunakan my turn ke atas Aulus dan boleh memberikan satu burst damage yang sangat besar untuk menumbangkannya.

Dia boleh kerap mencari Aulus di mana sahaja ia berada untuk memperlahankan farming Aulus di fasa awal dan pertengahan permainan. 

EUDORA

Eudora sangat terkenal dengan terma one shot one kill yang mampu meleburkan hero seperti marksman dan fighter di dalam sekelip mata sahaja.

Ia hanya perlu duduk di dalam semak dan mencari di mana Aulus berada. Eudora mampu burst Aulus dengan bantuan item seperti Lightning Truncheon dan Genius Wand. Perhatikan peta dan pastikan gerakan anda tidak diketahui oleh musuh.