Penipuan berleluasa, pemain konsol Halo Infinite minta tutup fungsi crossplay

By Taib Mohamed | November 29, 2021

Selepas lebih seminggu Halo Infinite Multiplayer dilancarkan secara rasmi buat pemain di PC dan Xbox, pemain mula berdepan dengan beberapa pemain yang menggunakan pemasangan luaran untuk menipu di dalam permainan seperti aimbot dan wallhack.

Pemain juga sudah mula menyuarakan kerisauan mereka melalui media sosial kepada pembangun meminta mereka untuk menutup fungsi silang main antara PC dan Xbox untuk mengelak bertemu pemain yang menipu.

Buat masa ini Halo Infinite tidak membenarkan pemain untuk menutup fungsi silang main. Tetapi pemain di ranked arena diberi pilihan untuk bermain bersama pemain yang menggunakan papan kekunci dan tetikus atau bersama pemain yang menggunakan alat kawalan. 

Kebanyakan pemain di konsol lebih memilih untuk bermain bersama pemain yang menggunakan alat kawalan, walaupun mengambil masa yang lama di dalam proses matchmaking, untuk mengelak bertemu pemain yang menipu.

Namun, pemain masih belum dapat mengelak mereka yang menipu di dalam Halo Infinite sehingga pembangun, 343 Industries dan Microsoft mengambil tindakan secepat mungkin, sebelum ianya merosakkan reputasi permainan ini. 

Sumber: Eurogamer