Perlawanan akhir PMPL Asia Tenggara akan bermula esok

By Burhanudin Zamri | April 30, 2020

Para peminat e-sukan PUBG Mobile di Malaysia semestinya teruja apabila mendengar tentang PUBG Mobile Pro League Asia Tenggara (PMPL SEA). Berita baik buat anda semua: perlawanan akhir liga tersebut akan bermula esok!

Perlawanan akhir PMPL SEA S1 akan berlangsung dari 1 Mei sehingga 3 Mei 2020. 16 pasukan dari seluruh Asia Tenggara akan bertanding untuk memenangi sebahagian dariapada hadiah terkumpul yang berjumlah AS$150,000 (RM646,000).

Dua pasukan terbaik akan melayakkan diri Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL). Jika salah satu daripada dua pasukan yang layak itu sebelum ini pernah mendapat tempat dalam PMWL, slot berkenaan akan diberikan kepada pemenang seterusnya yang mempunyai markah tertinggi.

Terdapat tiga pasukan yang mewakili Malaysia di liga ini iaitu Team Secret, Bigetron Arov, dan Yoodo Gank. Mereka akan bertembung dengan pasukan-pasukan hebat seperti RRQ Athena dari Thailand dan Bigetron RA dari Indonesia.

Peminat dari Malaysia boleh menonton livestream kejohanan ini melalui laman rasmi Facebook PUBG Mobile Malaysia. Pastikan anda tonton livestream untuk memberi sokongan kepada pasukan-pasukan kegemaran anda!

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.