Permainan buatan Indonesia When The Past Was Around versi konsol akan tiba pada bulan Disember

By Burhanudin Zamri | November 19, 2020

Mojiken Studio merupakan sebuah studio pembangunan permainan video Indonesia yang berbakat dalam menghasilkan permainan point-and-click. Permainan terbaru mereka When The Past Was Around akan dilancarkan untuk PlayStation 4 (PS4), Nintendo Switch, dan Xbox One pada pertengahan Disember ini.

Sebelum ini, permainan ini telah dilancarkan untuk PC di Steam pada 22 September dan ia kini boleh dibeli pada harga RM19.50. Permainan tersebut berkisahkan tentang kehidupan Eda, seorang gadis yang menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupannya dan hubungan percintaannya.

Selain daripada When The Past Was Around, satu lagi projek baharu daripada studio tersebut ialah permainan pengembaraan yang bertajuk A Space For The Unbound. Pada waktu ini, hanya demo untuk permainan tersebut telah dilancarkan. Malangnya, tarikh pelancaran untuk versi penuh masih belum diumumkan.

Rakan-rakan kami di IGN SEA telah mencuba demo When The Past Was Around dan menyatakan bahawa ia sebuah permainan yang sangat indah dan menakjubkan. Jika anda menyukai permainan point-and-click yang santai, penulis mencadang anda untuk main demo permainan ini.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.